Majalah Ta’lif bil 8 2018
- Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Majalah Ta’lif bilangan ke 8 berjaya
diterbitkan pada Ogos 2018. Penerbitan Majalah Ta’alif ke 8 ini juga mempunyai
nilai tersendiri kerana diterbitkan sempena meraikan Majlis Konvokesyen KUIPSAS
ke 17.
Penerbitan kali ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari para
pensyarah sehingga Jabatan Penerbitan berjaya menghimpunkan 15 artikel dari
pelbagai topik. Antara artikel-artikel yang terkandung dalam penerbitan kali ini
ialah Rahsia Mukjizat Tulisan Al Quran, Tulisan Jawi Era Digital: Antara Rintangan
dan Harapan, Manuskrip Alam Melayu, Perkahwinan Tanpa Kebenaran dan
Kesannya Menurut Perundangan Islam Di Malaysia, Keluarga Dwi Kerjaya: Pilihan
atau Keperluan, Teknologi Big Data: Pengenalan dan Konsep, Membentuk Generasi
Usahawan Muslim dan lain-lain. Secara keseluruhannya terdapat 11 artikel yang
ditulis dalam bahasa Melayu, 3 dalam bahasa Inggeris dan 1 dalam tulisan Jawi.
Buat julung kalinya untuk edisi ini terdapat satu artikel dalam tulisan Jawi yang
disumbangkan oleh Ustaz Ahmad Effat bin Mokhtar. Besarlah harapan Jabatan
Penerbitan agar artikel ini menjadi pencetus kepada penulis-penulis lain untuk
menyumbangkan artikel dalam tulisan Jawi selaras dengan hasrat KUIPSAS untuk
memperkasakan dan memartabatkan tulisan Jawi dalam masyarakat khususnya di
Negeri Pahang seperti mana yang dititahkan oleh Pemangku Raja Pahang, KDYTM
Tengku Mahkota Pahang.
Selamat Membaca!
Maslina Binti Mohamed