PERPUSTAKAAN KUIPSAS

VISI

Menyediakan sumber kemudahan dan perkhidmatan maklumat yang cemerlang bagi menyokong kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di KUIPSAS.

 

MISI

Menyediakan satu persekitaran yang kondusif bagi tujuan meningkat kualiti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di KUIPSAS dengan menjadikan perpustakaan pusat maklumat yang serba lengkap dan berteknologi tinggi.

OBJEKTIF

  • Memenuhi keperluan Kolej Universiti dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
  • Mengoptimakan pengguna yang cemerlang dan mesra kepada pengguna perpustakaan.
  • Memberi perkhidmatan yang cemerlang dan mesra kepada pengguna perpustakaan.
  • Mempraktikkan sistem pengurusan perpustakaan yang berkesan, baik kepada pengguna mahupun kepada kakitangan perpustakaan sendiri.

PIAGAM PELANGGAN

  • Menyedari bahawa perpustakaan memainkan peranan yang penting di dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti kepada pelanggan berlandaskan perkara-perkara berikut :-
  • Kami sesungguhnya berikrar dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cekap kepada para pengguna melalui :-
    • Layanan yang saksama, dan menyediakan semua perkhidmatan kepada semua lapisan pengguna perpustakaan.
    • Menyediakan satu ruang kondusif dan selesa bagi pengguna untuk mentelaah dan berekreasi.
    • Pemberian maklumat yang terperinci, berkualiti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dari segi penggunaan sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan.
    • Menggalakkan pengguna membuat cadangan untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan perpustakaan dan menyediakan cadangan yang diberikan mengikut keupayaan organisasi.
  1. Untuk kakitangan KUIPSAS.
  2. Untuk pelajar KUIPSAS yang masih menuntut dan berdaftar di KUIPSAS.
  1. Pustakawan
  2. Semua AKK dan pelajar KUIPSAS
1)  Unit Sirkulasi, Rujukan & Serial

  • Pemulangan
    1. Memastikan sistem virtua telah dibuka.
    2. Menekan F4.
    3. Scan barkod buku menggunakan mesin scanner. Nombor barkod akan terpapar di komputer.
    4. Menghidupkan semula Tittle Tape dengan mengguris pada mesin Tattle Tape.
    5. Meletakkan buku yang siap di scan di atas troli buku.
    6. Menyimpan buku di rak yang telah ditetapkan.
  • Peminjaman
    1. Pelajar akan membawa buku untuk dipinjam.
    2. Tekan F5. Patron Access akan keluar.
    3. Scan kad matrik pelajar untuk memasukkan pinjaman.
    4. Scan barkod buku dan menekan Enter.
    5. Guriskan buku di mesin Tattle Tape untuk mematikan sistem.
    6. Serahkan buku dan kad matrik kepada pelajar dan memberitahu pelajar tarikh pemulangan.

2. Unit Automasi & Perolehan

  1. Memperolehi bahan-bahan bacaan dan rujukan yang sesuai dengan kursus yang ditawarkan samada dalam bentuk buku, majalah, kertas seminar, persidangan, CD-ROM, kaset dan lain-lain media.
  2. Berbincang dengan pembekal dan penerbit mengenai pesanan buku.
  3. Mengedarkan Katalog Penerbit kepada semua pensyarah bagi tujuan pemilihan dan mengambil tindakan ke atas tajuk-tajuk yang ditawarkan.
  4. Mengawal perbelanjaan pembelian bahan Perpustakaan agar tidak melebihi peruntukan.
  5. Menyelia tugas-tugas pemprosesan buku dari semua aspek.
  6. Menyelia penyediaan pembayaran.
  7. Memastikan kerja-kerja pemprosesan buku yang sudah dibayar dieksesan dan mengikut prosedur.

3. Unit Pengkatalogan dan Pemprosesan Bahan

  1. Membuat pengkelasan bahan-bahan dalam perpustakaan menggunakan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC).
  2. Membuat data cleaning bagi data-data corrupt dan tidak lengkap.
  3. Memasukkan data ke dalam sistem VTLS.

ETIKA PEMAKAIAN & PERATURAN UMUM DI PERPUSTAKAAN

LELAKI

  1. Hendaklah sentiasa memakai kad matrik.
  2. Memakai pakaian yang kemas iaitu kemeja lengan panjang atau pendek atau berbaju melayu yang lengkap juga baju batik yang kemas.
  3. Seluar Slack berwarna hitam, berkasut dan memakai stoking.
  4. Sentiasa memakai talipinggang dan bertali leher.
  5. TIDAK dibenarkan memakai Tshirt berleher bulat dan berseluar Track ketika berada di perpustakaan.
  6. DILARANG berselipar atau bersandal.
  7. DILARANG memakai subang, gelang atau rantai
  8. DILARANG memakai seluar Jeans.

PEREMPUAN

  1. Hendaklah sentiasa memakai kad matrik.
  2. Memakai pakaian yang menutup aurat seperti baju kurung dan jubah yang tidak ketat atau jarang.
  3. Memakai tudung labuh yang menutupi dada dan belakang.
  4. Penggunaan make-up dan barang kemas yang berlebihan adalah DILARANG.
  5. DILARANG berselipar atau bersandal.
  6. DILARANG memakai pakaian yang ketat yang dan kain berbelah.

GARIS PANDUAN PKPP

JadualLIB JAN2020