Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi

STRUKTUR

VISI

Memperkasakan budaya penyelidikan dan inovasi ke arah menjadikan KUIPSAS sebagai
pusat pengembangan ilmu yang unggul.

 

MISI

Membangun dan memupuk budaya penyelidikan dan inovasi yang tinggi di kalangan warga KUIPSAS, serta menggiatkan usaha perkongsian dan penyebaran hasil penyelidikan kearah merealisasikan visi KUIPSAS sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu.

 

OBJEKTIF

*Memupuk persekitaran yang menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasi secara terancang, menyeluruh dan
berterusan di kalangan tenaga akademik KUIPSAS.

 

*Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program pembangunan keupayaan pensyarah sebagai penyelidik
melalui latihan, bengkel dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.

 

*Menyelaras keperluan-keperluan penyelidikan

 

*Melebarkan jaringan kerjasama penyelidikan dan inovasi dengan pihak luar, termasuk IPT atau industri.

*Merancang, mengurus, melaksana dan menerbitkan aktiviti ilmiah yang berkualiti dan terkini, sesuai dengan
keperluan semasa di kalangan staf akademik.

 

*Menggalakkan penggunaan teknologi serta aplikasi moden yang dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan proses pengajaran dan penyelidikan.

 

SKOP

Semua bidang penyelidikan akademik dan inovasi di KUIPSAS.

 

PEMILIK PROSES

*Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi.

*Ketua Jabatan di BPI.

UNIT PENYELIDIKAN DAN GERAN

  • Pengurusan Dana Penyelidikan
  • Memantau kumpulan dan projek penyelidikan yang dijalankan
  • Menyediakan laporan-laporan berkaitan penyelidikan
  • Menyediakan kertas-kertas cadangan yang berkaitan aktiviti dan fasiliti penyelidikan
  • Menyediakan cadangan polisi dan garis panduan penyelidikan KUIPSAS

      Muat Turun Fail Berkaitan :

 

UNIT PENERBITAN DAN PEMASARAN

  • Merancang aktiviti dan kegiatan ilmiah di kalangan kakitangan akademik seperti penulisan ilmiah, buku teks (modul) dan jurnal berwasit.
  • Menerbitkan panduan kegiatan penyelidikan dan kegiatan ilmiah.
  • Menerbitkan karya-karya ilmiah dan penyelidikan
  • Menerbitkan bahan-bahan terbitan KUIPSAS seperti Jurnal Al-Sirat, majalah ilmiah, Buletin KUIPSAS, majalah tahunan, laporan tahunan, prospektus, terbitan khaskonvokesyen, karya kreatif dan lain-lain.
  • Memastikan kualiti dari segi editorial dan reka letak memenuhi kehendak penggunadan pasaran.
  • Merancang dan menganalisis keperluan tajuk/bidang penerbitan mengikut keperluan semasa dan permintaan pasaran.
  • Membuat pendokumentasian kepada aktiviti-aktiviti KIUPSAS.
  • Membina rangkaian maklumat untuk menyelaras dan memantau kegiatan IPT bagi mengelak pertindihan judul serta pembaziran tenaga pakar, masa dan dana penerbitan yang terhad.
  • Menjalin kerjasama, penyelarasan dan hubungan profesional dengan penerbitan ilmiahdi kalangan penerbit IPT, pusat penyelidikan dan sebagainya.
  • Bertanggungjawab mengawal mutu penerbitan semua manuskrip yang diluluskan untuk terbitan oleh KUIPSAS.
  • Bekerjasama dengan pihak-pihak lain dalam memasarkan bahan penerbitan

 

UNIT INOVASI DAN MODAL INSAN

  • Mengenengah konsep inovasi kepada seluruh warga KUIPSAS, secara berperingkat, bagi menyuburkan kesedaran tentang kepenting inovasi terhadap kelestarian KUIPSAS
  • Menciptakan iklim sosial budaya inovatif dengan memanfaatkan ICT yang berlandaskan nilai-nilai Islam di lingkungan KUIPSAS
  • Merancang dan mengurus pelaksanaan pembinaan keupayaan warga KUIPSAS dalam inovasi.
  • Merancang dan menyediakan program-program inovasi seperti pertandingan, ceramah, kursus dan bengkel,serta menguruskan dan menyelaras perlaksanaannya,.
  • Menguruskan pengumpulan semua dokumen produk inovasi, harta intelek dan pengkomersilan
  • Memperluaskann jaringan kerjasama inovasi dengan pihak luar termasuk institusi pendidikan dan industri.
  • Memupuk persekitaran yang meransang budaya kecemerlangan di kalangan kakitangan dan pelajar KUIPSAS melalui inisiatif inovasi.

 

UNIT PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN DAN ILMU

  • Memberi latihan penyelidikan secara berterusan kepada kakitangan akademik khususnya dalam penulisan jurnal berindeks, latihan penyediaan proposal penyelidikan, latihan penggunaan analisis terkini seperti SmartPLS dan AMOS (Analysis of Moment Structure)
  • Memantau ekosistem penyelidikan di KUIPSAS berdasarkan instrumen MyRA serta SETARA
  • Memantau prestasi penerbitan pensyarah KUIPSAS dari segi kualiti dan kuantiti berdasarkan kepada petunjuk H-index
  • Mengenalpasti dan membangunkan potensi sumber sedia ada (iaitu pensyarah dan fisiliti)
Klik link pendaftaran di bawah : https://forms.gle/VpdHZGHJ4Ru9WyVZ7

PENERBITAN