Rasional Logo

SIMBOL AL-QURAN / KAABAH

 

Melambangkan sumber tertinggi ilmu pengetahuan dengan darjat tertinggi iaitu wahyu Allah SWT yang dijadikan panduan serta pengangan dan petunjuk umat manusia sejagat. Ia juga menjadi rujukan bagi KUIPSAS dalam menjana kecemerlangan dalam pendidikan ilmu dan pembangunan ummah.

 

Kedudukan simbol Kaabah di tengah-tengah logo melambangkannya sebagai pusat segala ilmu pengetahuan yang diturunkan kepada manusia serta kiblat utama umat manusia untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Ia juga melambangkan kebijaksanaan, kekuasaaan dan kebesaran Allah SWT Yang Esa.

KUBAH

 

Kubah melambangkan pusat ilmu pengetahuan untuk membentuk muslim yang bijaksana dalam mengapai ilmu pengetahuan seluruh dunia dan cemerlang dalam profesionalism. Ia juga melambangkan satu kekuatan dan keutamaan membangunkan sahsiah pelajar.

 

Dengan pengunaan huruftaip yang menampakkan kemodenan kearah menuju alaf pendidikan yang baru dan modenisasi.

 

Tulisan Khat menggunakan jenis MCS Hijaz menampakkan KUIPSAS sebuah institusi pendidikan islam terunggul dan dinamik di Pahang.

 

Warna Ungu melambangkan kematangan KUIPSAS sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi dalam usaha memberi ilmu pengetahuan dan mendidik anak bangsa bagi menyahut cabaran masa hadapan dalam ilmu dunia dan akhirat.

 

Warna Emas pula Melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan KUIPSAS Warna kelabu di bahagian belakang menunjukkan pendokong dan teras utama dalam menuju Islam iaitu Al- Quran dan Al-Sunnah sebagai unsur dominan dan terpenting.

 

Bentuk Gading dan Lembing – Simbolik simbol Pahang.

Hubungi Kami whatsapp