PEJABAT PENDAFTAR

PEJABAT PENDAFTAR

VISI

Pejabat Pendaftar berwawasan merealisasi Visi KUIPSAS untuk    menjadikan KUIPSAS sebuah Kolej Universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Islam dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika..

MISI

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

OBJEKTIF

Menyediakan warga kerja KUIPSAS yang berkelayakan berdasarkan skim-skim perkhidmatan yang berkuatkuasa :

  • Mengurus tadbir sistem personal dengan cekap dan berkesan
  • Meningkatkan kompetensi Warga Kerja KUIPSAS melalui latihan dan program pembangunan sumber manusia;
  • Mengurus hal ehwal perkhidmatan Warga Kerja KUIPSAS selaras dengan dasar dan peraturan KUIPSAS, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Malaysia;
  • Menyelenggara rekod pelajar & graduan KUIPSAS yang tepat dan kemaskini;
  • Menyelenggara rekod KUIPSAS yang mudah rujuk;
  • Menyediakan khidmat sokongan KUIPSAS yang berkualiti dan mesra pelanggan.
Carta-Organisasi PTD FEB2020

  • Pendaftar
  • Penolong Pendaftar

  • Untuk memastikan tadbir urus kolej universiti yang terbaik.
  • Untuk pelanggan utama yang berurusan dengan KUIPSAS.
  • Untuk kakitangan dan kumpulan berkepentingan (stakeholders).

OPERASI UTAMA