PUSAT ISLAM

LATAR BELAKANG MASJID KUIPSAS

  • Dibina khas untuk orang awam berdekatan dan penuntut kolej.
  • Dibina di kawasan rezab Melayu Paya Besar
  • Terletak di Km 8, Jalan Kuantan Gambang, Pahang Darul Makmur.
  • Dibina atas tanah berkeleluasan 16.633 hektar.
  • Hak milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan 1/1 bhgn. Unit Perancang Ekonomi Negeri, Su. Kerajaan Pahang.
  • Atas lot PT 43417
  • 25 Disember 2002 – Penyerahan kepada Presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.)
  • 3 Julai 1996- Pengeluaran dokumen hakmilik keluaran serta syarat –syarat perintah iaitu:
    • Tanah tersebut digunakan untuk tapak Institusi Pengajian Tinggi sahaja,
    • Ia tidak boleh dipindahmilik, dipajak, atau digadai (Melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri.)
  • Kedudukan yang strategik- Sering menjadi tumpuan penduduk setempat, para pelajar, para musafir juga untuk menunaikan ibadat.
  • Memberi Manfaat dan kepentingan besar kepada penduduk setempat untuk menunaikan ibadah khusus, malah aktiviti yag lain juga banyak dilakukan

VISI

Menjadi pusat penyebaran syiar Islam dan pembangunan sahsiah diri.

 

MISI

Beriltizam menyebarkan syiar Islam secara konsisten dan betul bagi melahirkan modal insan yang berilmu, beramal, bertakwa serta bersahsiah mulia.

OBJEKTIF

  • Menjalankan program pengimarahan masjid menerusi aktiviti keagamaan dan kerohanian yang dapat menarik penyertaan pelanggan dalaman dan luar kampus.
  • Memperkemas sistem pengurusan kualiti dan penyampaian perkhidmatan keagamaan yang memberi impak positif kepada kolej universiti dan masyarakat selain memenuhi keperluan industri.
  • Menyebar luaskan ilmu, pemikiran dan praktikal amalan Islam yang betul kepada penuntut kolej universiti serta masyarakat yang datang dari pelbagai latar belakang kehidupan.
  • Melahirkan modal insan yang berilmu, beramal, bertakwa serta bersahsiah mulia.
Unit Pengurusan Masjid

Unit pengurusan masjid bertanggungjawab terhadap perkembangan serta penyebaran syiar Islam melalui penganjuran program dan aktiviti berbentuk keislaman dan dakwah. Penganjuran program seumpama ini melibatkan warga kerja KUIPSAS, pelajar serta masyarakat sekeliling. Masjid ini melalui pentadbiran Pusat Islam menjadi tempat rujukan awal bagi masyarakat untuk mendapatkan info berkaitan KUIPSAS serta aktiviti yang dijalankan

  • Mahasiswa dan kakitangan KUIPSAS.
  • IPT/IPTS/Badan berkanun/ Badan Kerajaan/ badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
  • Penduduk kariah setempat.
  • Rektor Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)
  • Ketua Pusat Islam
  • Kakitangan Pusat Islam

UNIT PENGURUSAN MASJID

  • Bertanggungjawab terhadap pengembangan serta penyebaran syiar Islam melalui penganjuran program dan aktiviti berbentuk keIslaman dan dakwah
  • Melibatkan wargakerja KUIPSAS, Pelajar serta masyarakat sekeliling.
  • Pentadbiran Pusat Islam – Menjadi tempat awal masyarakat mendapat info KUIPSAS dan aktiviti yang dijalankan
  • Permerolehan maklumat adalah mudah dan terbuka kepada semua masyarakat terutama beragama Islam

AKTIVITI & PROGRAM