PENGURUSAN TERTINGGI

PENGURUSAN TERTINGGI

Biografi Canselor

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim  Alam Shah Ibni  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  telah diputerakan pada tanggal 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

 

Baginda memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan Pahang pada tahun 2002 hingga 2005. Baginda kemudiannya menyambung pengajiannya ke Caldicott Preparatory School, London, United Kingdom pada tahun 2006 hingga 2009 dan  Sherborne School, London, United Kingdom pada tahun 2009 hingga 2014. Baginda seterusnya menyambung pengajian di Geneva School Of Diplomacy And International Relation pada tahun 2015 hingga 2018 dan memperoleh Bachelor of Arts in International Relations.

 

Pada tanggal 27 September 2018, baginda telah mengikuti latihan “Initial Cadet Familiarsation Training Programme” di Kem Batu 10, Kuantan Pahang. Baginda kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia pada 31 Oktober 2018. Pada  18 Jun 2018,  baginda  telah dikurniakan gelaran  Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang. Baginda kini sedang mengikuti Kursus Commissioning Course, Royal Military Academy Sandhurst sehingga Disember 2019.

 

Baginda amat meminati bidang sukan. Pada 25 Jun 2016, baginda telah menyertai acara perlawanan amal “The Jerudong Park Polo Trophy” bersama His Royal Highness Prince William Duke Of Cambridge dan His Royal Highness Prince Harry di Cirencester  Park Polo Club, England. Turut berangkat bersama menyaksikan perlawanan tersebut ialah Paduka Ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Selain meminati sukan berkuda, baginda juga meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak dan sukan rakyat.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang
Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail
SSAP., SUMW.,DSAP.,DIMP.,SMP.,AMP.
( Pro Canselor )

Prof Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, DSAP., SMP., AMP.
( Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah )

Perutusan Naib Canselor

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan sekalian alam yang telah memberikan nikmat dan rahmat kepada kita, serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi penyatu ummat manusia sehingga akhir zaman.

 

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) akan menyambut ulangtahun Jubli Perak penubuhannya yang ke 25. KUIPSAS yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Pahang, kemudian dinamakan Kolej Islam Pahang Sultan Amad Shah (KIPSAS) telah berjaya melahirkan seramai lebih 5000 graduan dalam pelbagai disiplin ilmu dan bidang kepakaran.

 

Hasrat untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu dan ketrampilan insan merupakan wawasan KUIPSAS yang sentiasa menjadi keutamaan kepada semua warga kerja KUPSAS. Sebagai Institusi Pengajian Tinggi Islam, tugas utama KUIPAS adalah untuk melahirkan graduan yang dapat mengintegrasikan ilmu aqli dan naqli serta bersahsiah tinggi.

 

Pelbagai pencapaian yang diraih oleh KUIPSAS di sepanjang tempoh penubuhannya baik dari segi akademik, pengurusan dan mendapat pengiktirafan daripada agensi-agensi di dalam dan luar negara. Pencapaian dalam bidang akademik termasuklah pengiktirafan program-program pengajian, projek-projek penyelidikan, pembentangan dan penganjuran seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. KUIPSAS juga meluaskan jaringan dengan penawaran program-program pengajian yang dijalankan secara usahasama francais, jaringan kerjasama (MoU/MoA) di dalam dan luar negara dan juga program-program khidmat ummah yang giat dijalankan pada setiap tahun.

 

 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak istana, kerajaan negeri Pahang, badan-badan berkanun, NGO, syarikat-syarikat dan orang perseorangan yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam menubuhkan, membangun dan memajukan KUIPSAS.

 

KUIPSAS mensasarkan seramai 2,000 orang pelajar mendaftar dalam pelbagai peringkat pengajian bermula daripada asasi sehinggalah Sarjana. Bagi mencapai matlamat tersebut, penaiktarafan KUIPSAS ke status Universiti Penuh adalah menjadi usaha utama. Jika ianya menjadi realiti, KUiPSAS akan menjadi sebuah Universiti Islam Pertama di pantai timur.

 

Saya menyeru agar kita saling terus berganding bahu untuk memastikan sasaran tersebut mampu dicapai dan tentunya tugas memperkenalkan nama KUIPSAS perlu digalas bersama. Sesungguhnya, penaiktarafan ke Universiti Penuh bukanlah hanya perubahan status ‘universiti’ sahaja malah memerlukan kepada perubahan minda, kualiti dan budaya kerja yang cemerlang.

 

Komitmen semua ahli akademik, pegawai dan kakitangan KUIPSAS sangat diperlukan untuk memastikan kejayaan KUIPSAS pada masa hadapan yang lebih gemilang. Insya Allah.

 

Justeru, saya dan seluruh pengurusan KUIPSAS; seluruh barisan kepimpinan di peringkat fakulti dan bahagian, menyeru kepada semua ahli akademik, pegawai, kakitangan, pelajar dan seluruh warga kerja KUIPSAS agar terus berusaha dan bersama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar kita sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Semoga segala perancangan yang telah direncanakan dapat direalisasikan dengan jayanya dan dilindungi daripada sebarang keburukan.

Wassalam.

YB. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak
SSAP., SIMP., DIMP.,  JSM., PJK.
( Pengerusi )
( Setiausaha Kerajaan Pahang )
YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang
Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan
SSAP., SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP.
YB. Dato’ Saiful Edris Zainuddin,
DSAP.
( Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang )
YH. Dato’ Indera Nazri Bin  Abu Bakar,
SIMP.,DSAP.,DIMP.,SMP.

( Pegawai Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang )
YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad,
SSAP., DIMP., AMP., AMN.
( Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam,
Pelajaran Dan Kesihatan )
YH. Dato’ Haji Tarif Bin Abdul Rahman
DIMP., AAP., AMP., PKC.
( Ahli Lembaga Pengarah  Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd )
 
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad bin Muda
DIMP.,DPNS.,DNS.
(Timbalan Presiden (Akademik)Universiti Islam Malaysia)
YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang
Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan
SSAP., SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP.
YH. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan
DIMP.
( Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin )
YH. Dato’ Prof. Dr. TS. Aziz Bin Deraman
DPTM., SMT.
( Dekan Pusat Pengajian Informatik & Matematik Gunaan Universiti Malaysia Terengganu )

 

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Saharuddin bin
Dato’ Haji Abdul Hamid, DIMP.
( Pengarah Pusat Kokurikulum,
Pusat Pendidikan Asas & Liberal,
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) )
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Bin Mohd Zain
( Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT,
Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian pendidikan Malaysia )
Ybhg. Tuan Mohd Rosli bin Abdul Rahman
( Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang )
YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz,
DSAP., DIMP., SMP.
( Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang )
YH. Dato’ Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi
DIMP., AMP.
( Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang )
Prof. Madya. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin
DSAP., SMP., AMP.
( Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah )
YBrs. Dr. Muhammad Hafiz Bin Dato’ Haji Yaakob
( Pendaftar )
Prof. Madya. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin
DSAP., SMP., AMP.
( Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah )
YBrs. Dr. Muhammad Fadlly Bin Ismail, AMP.
( Timbalan Naib Canselor Akademik & Pengantarabangsaaan )
 
YBrs. Dr. Ahmad Effat Bin Mokhtar, AMP.
( Timbalan Naib Canselor  Hal Ehwal Pelajar & Alumni )
YBrs. Dr. Norahida binti Mohamed
( Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi )
 
YBrs. Dr. Muhammad Hafiz Bin Dato’ Haji Yaakob
( Pendaftar )
Ybrs. Dr. Rosli Bin Omar
( Dekan Fakulti Pengurusan dan Informatik )
Prof Madya Dr . Jelani Bin Sulaiman
( Dekan Fakulti Bahasa Dan Asasi )
YBrs. Dr. Safiah binti Abd Razak
( Dekan Fakulti Pengajian Islam )
 
Ybrs. Dr. Fahmi Zaidi Bin Abdul Razak
( Pengarah Pusat Pengajian Siswazah )
 
Pn. Azrianie Binti Roslan
( Ketua Pustakawan )
En. Mohamad Firdaus Bin Mohamed Rodzali
( Setiausaha Senat / Penolong Pendaftar Akademik )
Haji Mohd Faizul bin Haji Abdul Hadi Nor
( Bendahari )
Puan Yusliha Binti  Mohd Yunus
( Penasihat Undang – Undang )