Berazam menjadi pusat perkhidmatan kewangan yang dinamik bagi menyokong visi dan misi KUIPSAS.
Berazam menjadi pusat perkhidmatan kewangan yang dinamik bagi menyokong visi dan misi KUIPSAS.
Memberi perkhidmatan kewangan yang berkualiti, telus, cekap dan berintegriti serta menjadi pusat rujukan dalam urusan kewangan bagi menyokong semua aktiviti KUIPSAS.
Menyediakan perkhidmatan dan pengurusan kewangan berkualiti berlandaskan Islam dan bersesuaian dengan keperluan semasa.
Pejabat Bendahari bertanggungjawab dalam menyediakan Dasar dan Polisi Kewangan bagi keseluruhan operasi pengurusan kewangan di KUIPSAS.
2)Â Pengurusan Bajet
Menyediakan cadangan anggaran belanjawan mengurus tahunan serta mengagihkan kepada bahagian/ unit tertentu. Juga bertanggungjawab menguruskan permohonan bajet tambahan serta menyediakan laporan prestasi perbelanjaan setiap suku tahunan. Disamping itu Pejabat Bendahari juga bertanggung jawab menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan dan Jawatankuasa Belanjawan KUIPSAS.
3) Â Pengurusan Penerimaan Dan Kewangan Pelajar
Bertanggungjawab menguruskan perihal kewangan pelajar seperti pengeluaran inbois kepada pihak yang berkeperluan, pengeluaaran nota kredit, menguruskan kutipan hasil, menguruskan sebarang tuntutan dari badan penaja, kemaskini lejar penghutang, penyediaan penyata akaun penghutang am KUIPSAS, penyediaan laporan berkala berkaitan penerimaan dan kewangan pelajar
4) Pengurusan Pembayaran
Bertanggungjawab mengurusankan terimaan dan semakan dokumen pembayaran kepada pembekal serta mengemaskini rekod pembayaran. Menyediakan serta mengeluarkan baucer bayaran, menyediakan cek dan Electronic Fund Transter (EFT) mengemas sistem pemfailan untuk baucer dan menyediakan laporan berkala pembayaran.
5) Pengurusan Gaji
Bertanggungjawab untuk memproses bayaran elaun lebih masa, mengurus serta merekod, memproses potongan dan bayaran gaji staf, memproses pembayaran potongan-potongan gaji menyediakan penyata pendapatan tahunan staf (EA) dan penyata tahunan majikan (E) serta penyediaan laporan berkaitan pembayaran gaji.
Objektif Kualiti
© Copyright 2017. Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah