BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

HEPA

VISI

Menyediakan pengurusan, perkhidmatan dan pembangunan pelajar yang terbaik dan bersahsiah mulia.

MISI

Komited untuk mencapai wawasan bagi melahirkan pelajar   yang  berakhlak mulia dan berketrampilan dengan menyediakan pengurusan dan perkhidmatan yang terbaik  kepada pelajar.

OBJEKTIF

  • Mengorientasi pelajar baru dengan cara yang berkesan supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus.
  • Mengatur program-program   kesedaran dan pembangunan pelajar untuk memperkayakan pengalaman di kampus.
  • Merancang, menyelaras dan memantau segala aktiviti pelajar bersama mesyarakat selaras dengan dasar Kolej.
  • Merancang aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga kampus.
  • Mengurus dan menguatkuasa peraturan pelajar supaya dapat meminimakan masalah disiplin di kalangan pelajar.
  • Mengurus dan menyediakan kediaman pelajar yang selamat dan selesa untuk didiami serta menjaga kebajikan pelajar selaras dengan kehendak dan keperluan kebajikan mereka
  • Membimbing dan membentuk sahsiah pelajar sesuai dengan kehendak agama Islam dan budaya tempatan.
  • Memantap dan menggerakkan persatuan Alumni KUIPSAS supaya boleh menyumbang semula kepada pelajar-pelajar semasa khasnya dan komuniti sekitar amnya.
  • Menguruskan kebajikan pelajar antarabangsa melalui orientasi budaya dan peraturan tempatan, bimbingan kesejahteraan dan keselamatan serta kehidupan sosial dan harian mereka.
  • Menggerakkan aktiviti pengantarabangsaan bagi memberi peluang pelajar membina jaringan perhubungan dan mempelajari persekitaran dan budaya asing.
  • Untuk ibubapa pelajar termasuklah orang awam yang berkepentingan.
  • Untuk pelajar KUIPSAS yang masih menuntut dan berdaftar di KUIPSAS.
  • Untuk kakitangan yang menguruskan pelajar terutama yang berkaitan dengan member perkhidmatan dan menyelaras aktiviti pelajar.
  • Untuk Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang berkaitan dengan pelajar.
  • Untuk organisasi tempatan dan antarabangsa yang melibatkan pelajar KUIPSAS.
  • Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni
  • Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar & Alumni


OPERASI UTAMA

Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Jabatan ini mengendalikan urusan berkaitan pengurusan pentadbiran hal ehwal pelajar KUIPSAS. Ianya termasuklah fail dan rekod, disiplin pelajar, pengurusan aset dan inventori  pejabat, pengurusan kewangan jabatan dan aktiviti pengantarabangsaan. Jabatan juga menguruskan rekod alumni dan aktiviti yang boleh mereka sumbangkan kepada komuniti setempat.

Jabatan Penempatan dan Kebajikan

Bertanggunjawab secara langsung berkaitan pengurusan kemudahan di asrama serta pengurusan kebajikan pelajar. Jabatan ini saling bekerjasama dengan Majlis Felo dan MPP KUIPSAS bagi mempastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar adalah yang terbaik.

Jabatan Sukan dan Aktiviti Pelajar

Jabatan ini bertanggungjawab bagi memberikan nilai tambah kepada pelajar dalam bentuk merancang dan melaksanakan aktiviti sukan, kebudayaan dan kokurikulum. Pelajar digalakkan menunjukkan potensi diri dan bakat melalui aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di dalam 8 teras kokurikulum.

Jabatan Bimbingan . Kaunseling dan Kerjaya

Pengurusan emosi pelajar serta bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan kerjaya mereka dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya. Jabatan ini akan merancang program dan kursus yang bersesuaian untuk pelajar dari semua peringkat di samping memberi bimbingan berkaitan emosi dan intelektual.

Aktiviti HEPA