PENERBITAN

MAJALAH TA'LIF

Majalah Ta’lif Terbitan Khas Maulidur Rasul 2019

  • Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin- Nya Majalah Ta’lif bilangan ke-10 edisi khas sempena Maulidur Rasul 1441H bersamaan November 2019 berjaya diterbitkan. Majalah Ta’lif pada edisi kali ini adalah berbeza dengan keluaran yang lepas kerana edisi kali ini merupakan edisi khas bagi mengingati Rasulullah SAW sempena hari kelahiran baginda.Tema ini dipilih sebagai satu langkah untuk menyemarakkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW agar semua pembaca dapat menghayati kisah-kisah kehidupan baginda yang dapat dijadikan panduan dan idola dalam kehidupan. Sebanyak 13 artikel dan 3 puisi telah disumbangkan oleh penulis dalam edisi kali ini cukup untuk membuka minda pembaca tentang keagungan Rasulullah SAW dan kelebihan menyambut Maulidur Rasul.Semoga artikel yang dimuatkan dalam edisi kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pembaca untuk mengingati dan menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW iaitu Maulidur Rasul pada setiap tahun.Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Selamat membaca!Dr. Mohammad Zulfakhairi Bin Mokthar

Majalah Ta’lif Bil 9 2019

  • Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
    Alhamdulillah dengan izinNya, Majalah Ta’lif bilangan ke 9 berjaya diterbitkan pada
    Ogos 2019. Majalah Ta’alif kali ini agak berbeza dengan keluaran yang lepas kerana
    mengangkat tema Revolusi Industri 4.0(IR 4.0). Mutakhir ini istilah Revolusi Industri
    4.0(IR 4.0) kerap diperkatakan sama ada di media mahupun di tempat kerja. Istilah
    IR 4.0 ini diperkenalkan seawal 2011 di Jerman namun, ia mendapat perhatian
    ketika Forum Ekonomi Dunia pada 2016 yang mengisytiharkan dunia ketika ini
    berada di ambang revolusi industri keempat.
    Tema ini dipilih oleh Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) bagi memberi
    cabaran kepada para pensyarah untuk mengaitkan tema ini dengan bidang masingmasing.
    Namun hasilnya berupaya menghidangkan pembaca majalah Ta’lif dengan
    karya-karya penulisan yang lebih segar dan relevan dengan perkembangan semasa.
    Sambutan dari para penulis amat baik bahkan 10 daripada 14 artikel yang diterima
    mengetengahkan tema yang telah diberikan. Syabas kami ucapkan!
    Semoga artikel-artikel yang dimuatkan kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan
    pendedahan kepada para pembaca mengenai Revolusi Industri 4.0. Sebagai sebuah
    Institusi Pendidikan Tinggi, pendedahan dan celik IR 4.0 amat penting supaya kita
    terus kekal relevan dalam industri pendidikan tinggi swasta di negara ini.
    Selamat membaca!
    Maslina binti Mohamed

Majalah Ta’lif bil 8 2018

  • Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Majalah Ta’lif bilangan ke 8 berjaya
    diterbitkan pada Ogos 2018. Penerbitan Majalah Ta’alif ke 8 ini juga mempunyai
    nilai tersendiri kerana diterbitkan sempena meraikan Majlis Konvokesyen KUIPSAS
    ke 17.
    Penerbitan kali ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari para
    pensyarah sehingga Jabatan Penerbitan berjaya menghimpunkan 15 artikel dari
    pelbagai topik. Antara artikel-artikel yang terkandung dalam penerbitan kali ini
    ialah Rahsia Mukjizat Tulisan Al Quran, Tulisan Jawi Era Digital: Antara Rintangan
    dan Harapan, Manuskrip Alam Melayu, Perkahwinan Tanpa Kebenaran dan
    Kesannya Menurut Perundangan Islam Di Malaysia, Keluarga Dwi Kerjaya: Pilihan
    atau Keperluan, Teknologi Big Data: Pengenalan dan Konsep, Membentuk Generasi
    Usahawan Muslim dan lain-lain. Secara keseluruhannya terdapat 11 artikel yang
    ditulis dalam bahasa Melayu, 3 dalam bahasa Inggeris dan 1 dalam tulisan Jawi.
    Buat julung kalinya untuk edisi ini terdapat satu artikel dalam tulisan Jawi yang
    disumbangkan oleh Ustaz Ahmad Effat bin Mokhtar. Besarlah harapan Jabatan
    Penerbitan agar artikel ini menjadi pencetus kepada penulis-penulis lain untuk
    menyumbangkan artikel dalam tulisan Jawi selaras dengan hasrat KUIPSAS untuk
    memperkasakan dan memartabatkan tulisan Jawi dalam masyarakat khususnya di
    Negeri Pahang seperti mana yang dititahkan oleh Pemangku Raja Pahang, KDYTM
    Tengku Mahkota Pahang.
    Selamat Membaca!
    Maslina Binti Mohamed