SISTEM PENGURUSAN KUALITI

SISTEM PENGURUSAN KUALITI

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) KUIPSAS mengandungi semua polisi, prosedur dan arahan kerja. Skop persijilan KUIPSAS ialah:

  • Rekabentuk dan pembangunan program diploma.
  • Pemberian perkhidmatan pendidikan di peringkat diploma.
  • Proses-proses sokongan yang berkaitan.

SPK KUIPSAS dilaksanakan di alamat KM. 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan Pahang. Proses ini bermula daripada pengurusan program akademik, pendaftaran pelajar, pengajaran dan pembelajaran, penilaian sehingga graduasi. Proses ini disokong oleh bahagian khidmat sokongan yang terdiri daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang menguruskan rekod, kebajikan dan aktiviti pelajar, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi yang menguruskan hal-hal berkaitan penyelidikan serta persekitaran yang berinovasi, Pejabat Pendaftar yang mengurus dan mentadbir operasi KUIPSAS diikuti oleh Pejabat Bendahari yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan. Manakala Perpustakaan memberikan khidmat sokongan dalam bentuk penyediaan perkhidmatan dan kemudahan serba lengkap yang menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di KUIPSAS dan akhirnya Pusat Islam yang menjalankan aktiviti-akviti bersifat keagamaan dan kerohanian bagi memantapkan lagi sahsiah diri AKK dan modal insan di KUIPSAS.

Jaminan kualiti dilaksanakan di dalam bahagian/unit berikut:

  • Bahagian Akademik dan Pengantarabangsaan
  • Fakulti Pengajian Islam
    • Jabatan Bahasa Arab
    • Jabatan Dakwah
    • Jabatan Syariah
    • Jabatan Quran & Sunnah
  • Fakulti Pengajian Pengurusan
    • Jabatan Perakaunan
    • Jabatan Kewangan
    • Jabatan Pengajian Perniagaan
  • Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi
    • Jabatan Perisian & Multimedia
    • Jabatan Teknologi Komputer & Rangkaian
  • Fakulti Bahasa & Pengajian Asasi
    • Jabatan Bahasa Inggeris
    • Jabatan Pengajian Asasi
  • Fakulti Pascasiswazah & Pengantarabangsaan
    • Jabatan Pengajian Pascasiswazah
    • Jabatan Pengantarabangsaan
  • Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
  • Bahagian Penyelidikan dan Inovasi
  • Pejabat Pendaftar
  • Pejabat Bendahari
  • Perpustakaan
  • Pusat Islam
  • Bahagian Kualiti
Logo MS ISO (SIRIM) 2
Logo MS ISO (SIRIM) 1