Allah SWT menganugerahkan tulisan al-Quran, tulisan syurga sebagai tulisan umat Melayu yang disebut Tulisan JAWI. Walaupun sebahagian umat Melayu tidak tahu berbahasa Arab namun mereka berbangga kerana bangsa mereka adalah bangsa yang beridentitikan tamadun al-Quran.

 

Penulisan JAWI telah berkembang dalam kalangan umat Melayu sejak abad ke-8 Masihi dan telah menjadi tulisan rasmi Kerajaan-Kerajaan Melayu di Kepulauan Nusantara serta menjadi sebahagian sistem pendidikan dalam masyarakat.

 

Penulisan JAWI  menempuh zaman kegelapan dan terus malap dari kehidupan umat Melayu apabila penjajah Barat menakluki bumi Melayu. Mereka menjalankan usaha penghapusan budaya Melayu dengan memperkenalkan budaya Barat. Di antara usaha mereka ialah memadamkan tulisan JAWI dan menggantikan dengan tulisan RUMI. Kejayaan usaha ini sekali gus menandakan mereka berjaya menjauhkan umat Melayu dari penghayatan al-Quran.

 

Sebagai langkah memartabatkan semula tulisan JAWI, Pada 30 Mac 2016 Ketika Perasmian Seminar Antarabangsa Tulisan Jawi yang diadakan di KUIPSAS, Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Pemangku Raja Pahang (sekarang DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah telah menitahkan  agar usaha memartabatkan tulisan JAWI ini  perlu dilaksanakan. Dalam Majlis Istiadat Konvokesyen KUIPSAS 2016, KDYMM Tuanku juga menitahkan agar Pengajian JAWI menjadi salah satu program persijilan atau diploma di KUIPSAS.

3.1. Penubuhan Institut Jawi (INTIJ)  KUIPSAS ini wajar dan sangat sesuai direalisasikan oleh pihak KUIPSAS, menepati dengan saranan titah KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.

 

3.2. Penubuhan Institut Jawi (INTIJ)  KUIPSAS ini adalah diharapkan akan menjadi antara penyumbang yang akan menggerakkan perkembangan bidang penulisan dan kaligrafi JAWI di peringkat Kebangsaan serta Nusantara dan Antarabangsa.

 

3.3. Penubuhan Institut Jawi (INTIJ)  KUIPSAS ini juga diharap dapat berfungsi sebagai pusat kajian dan rujukan Tulisan JAWI kepada sarjana dan ilmuwan Islam dengan wujudnya Galeri Khat dan Kaligrafi Islam di Kuipsas. Pusat ini akan menempatkan pelbagai artifak tulisan dan kaligrafi Jawi yang lahir daripada seni lukisan, seni tekap, seni ukir dan seni foto.

 

3.4. Akademi Institut Jawi (INTIJ)  KUIPSAS akan memberikan faedah dan manfaat kepada masyarakat serta pelajar dalam dan luar negeri dalam menambah maklumat serta mendalami pengajian di bidang ini.

 

3.5. Institut Jawi (INTIJ)  KUIPSAS akan menjadi pusat rujukan masyarakat termasuk orang awam, agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat korporat di negeri Pahang khasnya dalam memastikan penggunaan tulisan Jawi dalam pelbagai medium adalah tepat 100% mengikut kaedah ejaan terkini.

 

3.6. Kewujudan akademi ini akan meningkatkan nama dan imej Kerajaan Negeri Pahang serta Istana Pahang, atas inisiatif dan komitmen Kerajaan dan KDYMM Sultan Pahang itu sendiri.

  • Menjadi pusat rujukan Tulisan Jawi di Pahang.
  • Mengeluarkan pengesahan semakan ketepatan ejaan Jawi bagi signboard / papan iklan di negeri Pahang.
  • Mengadakan kursus-kursus kemahiran tulisan Jawi kepada warga KUIPSAS, sekolah-sekolah, institusi-institusi dan mana-mana pihak di negeri Pahang.
  • Merancang dan menyelaras aktiviti yang berkaitan dengan penulisan jawi antaranya mengadakan seminar, festival atau pertandingan berkaitan Khat dan Tulisan Jawi sama ada peringkat Negeri, Kebangsaan mahu pun Antarabangsa.
  • Merancang dan mewujudkan program persijilan Jawi, diploma atau ijazah Sarjana Muda berkaitan yang diktiraf oleh MQA.
  • Melaksanakan penyelidikan berkaitan tulisan Jawi khususnya dalam skop negeri Pahang.
  • Menerbitkan makalah dalam jurnal-jurnal berkaitan tulisan Jawi.
  • Menerbitkan bahan cetakan dalam Jawi sama ada buletin, majalah, modul, buku dan seumpamanya.
En. Ainuddin Bin Kamaruddin
( Pengarah Institut Jawi )
Email: ainuddin@kuipsas.edu.my
Hp / WhatsApp : +60194191901
YBrs Dr. Asmadi Bin Abdul Rahman
( Munsyi Jawi )
Email : asmadi@kuipsas.edu.my
Hp / WhatsApp : +60199315407
Ybrs Dr. Safiah Binti Abdul Razak
( Munsyi Jawi )
safiah@kuipsas.edu.my
Hp / WhatsApp : +60148052028
YBrs. Dr. Norahida Bt Mohamed
( Munsyi Jawi )
norahida@kuipsas.edu.my
Hp / WhatsApp : +60129476466
Pn. Nurizan Bt. Baharum
( Munsyi Jawi )
nurizan@kuipsas.edu.my
Hp / WhatsApp : +60199488507
Pn. Seriayuna Bt  Sa’don Zubir
( Munsyi Jawi )
seriayuna@kuipsas.edu.my
Hp / WhatsApp : +60132227296

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) | Km 8, Jalan Gambang 25150 Kuantan Pahang darul makmur

PHONE :+609 553 5555 / FAKS :+609 536 4421 / E-MEL :pro@kuipsas.edu.my