PUSAT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


APA ITU APEL

 

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU :

 

APEL (A)
bagi tujuan Akses/Kemasukan ke Program Pengajian Tinggi

APEL (C)
bagi tujuan Penganugerahan Kredit

 

APEL (A)

Memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.
Secara umumnya, penilaian APEL (A) melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalaman terdahulu.

 

Sehingga kini penilaian APEL (A)  telah dibuka untuk EMPAT tahap kemasukan iaitu:

-Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3)

-Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4)

-Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6)

-Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7)

Mengapa APEL (A)?

  1. Memberi pengiktirafan untuk pembelajaran yang diperoleh dari sumber non-formal dan informal.
  2. Mengurangkan pengulangan dalam pembelajaran.
  3. Menggalakkan penyertaan orang dewasa dalam pendidikan tinggi dengan mengenali pengalaman belajar mereka sebelumnya.
  4. Mengurangkan masa dan kos untuk menyelesaikan program pengajian.
  5. Meningkatkan akses dan meluaskan penyertaan untuk pelajar bukan konvensional.
  6. Meningkatkan mobiliti dan kebolehpasaran.

Kadar Fi yang dikenakan kepada pelajar untuk penilaian APEL(A) ditetapkan oleh MQA:

  1. Sijil/Diploma: RM155
  2. Sarjana Muda: RM250
  3. Sarjana: RM370

 

Permohonan untuk penilaian APEL

Calon pelajar perlu mengemukakan permohonan penilaian APEL(A) kepada MQA atau Pusat Penilaian APEL

 

Maklumat lanjut mengenai APEL : https://www2.mqa.gov.my/APEL/