Ziarah Prihatin Naib Canselor

23 Disember 2021 (Khamis), Kesudian dan keprihatinan Naib Canselor UnIPSAS YH. Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin melakukan ziarah prihatin ke 20 daripada 63 buah rumah Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) yang terjejas dengan banjir baru-baru ini amat disyukuri AKU terbabit.
AKU tersebut cukup terharu dengan kata-kata semangat daripada NC dan mereka juga amat berbesar hati dengan kesediaan UnIPSAS membantu mereka apabila diperlukan.
Sebaik sahaja banjir surut pada 20 Disember 2021, UnIPSAS telah menggerakkan bantuan mencuci rumah-rumah AKU yang terjejas dengan banjir.