IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (N/340/6/0770)(MQA/PA09132)(12/23)

28-02-2018

3 Tahun 6 Bulan

per person /
RM

36,750.00

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN

Teacher

Ybrs. Dr. Rosli Bin Omar

Category

FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PENGAJIAN PENGURUSAN

Course Attendees

Still no participant

Course Reviews

Still no reviews

Objektif Kursus

Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian bermatlamat untuk :

(a) Melahirkan pelajar yang terlatih dan berdisiplin serta membentuk kebolehan, kemahiran dan membuat keputusan khususnya dalam dalam arena perniagaan dan persekitaran pentadbiran Malaysia.

(b) Membentuk pelajar yang cekap, berkesan serta memiliki pemikiran analitikal dan kemahiran komunikasi yang baik.

(c) Memupuk nilai etika dan pengurusan organisasi berlandaskan shariah di kalangan pelajar. Mempunyai budaya kerja berkumpulan dan kemahiran interpersonal serta peka akan tanggungjawab sosial dan etika dalam Islam.

(d) Melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan.

Kelebihan Kursus

(a) Menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang komprehensif dalam bidang pentadbiran perniagaan sebagai persediaan menceburi bidang kerjaya kelak.

(b) Mendedahkan pelajar mengenai konsep perniagaan secara konvensional dan Islam yang akan memberi nilai tambah dalam usaha membentuk graduan Muslim yang kompeten dan mempunyai nilai kebolehpasaran tinggi.

(c) Menyediakan pengecualian TIGA (3) modul bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan KUIPSAS sebagai laluan kepada pengiktirafan penuh Certified Professional Marketer (CPM Asia) daripada Asia Marketing Federation.

Prospek Kerjaya

(a) Pegawai (Pemasaran/Operasi/Sumber Manusia/Kewangan/Logistik)
(b) Perunding Kewangan dan Peruncitan
(c) Pegawai Pentadbiran
(d) Eksekutif Produk Perbankan/Insurans
(e) Eksekutif Pembangunan Perniagaan
(f) Eksekutif Perekrutan/Penstafan/Latihan
(g) Eksekutif Jualan/Promosi/Penjenamaan
(h) Eksekutif Eksport/Import
(i) Usahawan
(j) Penolong Pengarah
(k) Pensyarah / Pendidik / Bidang pendidikan
(l) Lain–lain jawatan di sektor kerajaan dan swasta

Syarat Kemasukan

Price : 36,750.00 RM

Max Availability : 1000

Difficulty : IJAZAH

Question

    [recaptcha]