IJAZAH SARJANA MUDA KEWANGAN ISLAM KEPUJIAN (N/343/6/0251)(MQA/PA09131)(12/23)

01-02-2018

3 Tahun 6 Bulan

per person /
RM

37,800.00

IJAZAH SARJANA MUDA KEWANGAN ISLAM KEPUJIAN

Teacher

Ybrs. Dr. Rosli Bin Omar

Category

FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PENGAJIAN PENGURUSAN

Course Attendees

Still no participant

Course Reviews

Still no reviews

Pengenalan Kursus

Program Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian) yang dirangka di KUIPSAS dilengkapkan dengan dua sijil profesional Islamic Financial Planner (IFP) dan Associate Qualification In Islamic Finance (AQIF) oleh Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM). Program 3 dalam 1 ini bakal melahirkan graduan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap dalam bidang kewangan Islam sekali gus memperolehi dua sijil profesional dalam perancangan kewangan Islam sebagai nilai tambah kepada graduan untuk memasuki alam pekerjaan kelak.

 

AQIF dibina bagi melengkapkan seterusnya membantu mereka yang bekerja ataupun ahli praktis bagi meningkatkan tahap kompeten, kemahiran, juga pengetahuan dalam kewangan Islam. Disediakan kepada semua peringkat ahli praktis industri dari eksekutif baru sehingga kepada pengurus. Setiap modul yang dibina adalah merujuk kepada keperluan semasa industri – iaitu pengetahuan kepada asas pengenalan dan falsafah kewangan Islam serta aplikasinya dalam operasi kewangan Islam.

 

IFP dirangka khas kepada ahli profesional dan individu yang terlibat dalam segmen runcit bagi produk kewangan dan perbankan Islam. IFP telah dilengkapkan dengan semua keperluan pengetahuan bagi seorang penasihat kewangan bagi pasaran runcit. IFP mendapat akreditasi penuh Finance Accreditation Agency (FAA)

 

IBFIM - institut perbankan dan kewanga islam, merupakan sebuah institusi pembangunan talen yang mengkhusus dalam industri pensijilan teknikal. Pengiktirfan pensijilan bertujuan untuk memastikan tahap kemahiran teknikal tercapai bagi memenuhi keperluan industri seterusnya melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang kewangan islam.

Prospek Kerjaya

Graduan Program Ijazah Kewangan Islam (Kepujian) di KUIPSAS mempunyai prospek kerjaya yang luas dalam pelbagai institusi termasuklah:

  • Syarikat Broker dan Sekuriti
  • Pengurusan Dana dan Unit Amanah Institusi
  • Firma Swasta
  • Institusi Perbankan Islam
  • Institusi Kewangan
  • Institusi Takaful dan Insurans
  • Institusi Ekonomi Islam e:g Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
  • Industri Kecil dan Sederhana (SME)

Syarat Kemasukan

Struktur Program

SEMESTER 1
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (U1), Pengajian Fiqh, Kemahiran Al-Quran, General English Proficiency, Al-Arabiyyah Al-I'dadiyyah*, Al-Arabiyyah Al-Taqadumiyyah**, Kemahiran Jawi, Asas kewangan Islam, Prinsip Pengurusan (Elektif), Prinsip Pemasaran (Elektif).

 

SEMESTER 2
Hubungan Etnik (U1), Al-Arabiyyah Al-Taqadumiyyah**, Al-Arabiyyah Al-A'liyyah***, Pengajian Akidah Islam, Matematik Perniagaan, Pengurusan Kewangan Islam, Regulasi Kewangan dan Perbankan Islam, Fiqh Muamalat.

 

SEMESTER 3
Pemikiran Kritis & Kreatif (U2), Tasawwur Al-Quran & SunnahAsas, Perakaunan, Al-Arabiyyah Li al-Muamalat, Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah untuk Kewangan dan Perbankan Islam, Perancangan Kewangan Islam.

 

SEMESTER 4
Pengajian Ilmu Tasawuf (U3), Kewangan Korporat, Prinsip ekonomi, Pengurusan Risiko dan Perancangan Takaful, Pengurusan Harta Islam, Institusi dan Pasaran Kewangan Islam, Pasaran Modal Islam.

 

SEMESTER 5
Kaedah Penyelidikan, Perakaunan Islam, Pelaburan Islam, Operasi Perbankan Islam, Analisis Pelaburan, Perancangan Zakat dan Cukai (Elektif), Pembiayaan Perdagangan Antarabangsa Secara Islam (Elektif), Pasaran Wang Islam Dan Tukaran Asing (Elektif).

 

SEMESTER 6
Khidmat Masyarakat (U4), Aplikasi Fiqh Muamalat, Ekonomi Islam, Seminar Kewangan Dan Perbankan Islam, Keusahawanan Islam, Pengurusan Strategik (Elektif), Aplikasi Internet Dalam Perbankan (Elektif).

 

SEMESTER 7

Latihan Industri

Price : 37,800.00 RM

Max Availability : 1000

Difficulty : IJAZAH

Location : KAMPUS UTAMA

Question

    [recaptcha]