Diploma Kewangan dan Perbankan yang ditawarkan oleh Sekolah Pengajian Pengurusan KUIPSAS telah melahirkan graduan yang berupaya memiliki pengetahuan dan menunjukkan kemahiran dalam bidang kewangan dan perbankan. Sektor kewangan dan perbankan di Malaysia yang semakin kukuh dan menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia berikutan permodalan dan kualiti aset yang mantap berupaya menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.