Selaras dengan perkembangan dan kepentingan Bahasa Inggeris di peringkat global dan juga dalam menzahirkan Falsafah KUIPSAS untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan bertakwa, Fakulti Bahasa Dan Pengajian Asasi menawarkan program Diploma In English bagi membuka peluang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, SPTM, SPVM dan STAM untuk meneroka bidang Bahasa Inggeris. Nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran, kepakaran tenaga pengajar serta suasana kolej yang kondusif, akan mendorong pelajar-pelajar melihat bidang Bahasa Inggeris dari perspektif yang positif.