DIPLOMA IN ENGLISH (N/211/4/0016)(MQA/PA5485)(06/20)

06-06-2017

3 TAHUN

per person /
RM

16,140.00

DIPLOMA IN ENGLISH

Teacher

Prof Madya Dr Jelani Bin Sulaiman

Category

FAKULTI BAHASA DAN PENGAJIAN ASASI

Course Attendees

Still no participant

Course Reviews

Still no reviews

Pengenalan Kursus

Selaras dengan perkembangan dan kepentingan Bahasa Inggeris di peringkat global dan juga dalam menzahirkan Falsafah KUIPSAS untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan bertakwa, Fakulti Bahasa Dan Pengajian Asasi menawarkan program Diploma In English bagi membuka peluang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, SPTM, SPVM dan STAM untuk meneroka bidang Bahasa Inggeris. Nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran, kepakaran tenaga pengajar serta suasana kolej yang kondusif, akan mendorong pelajar-pelajar melihat bidang Bahasa Inggeris dari perspektif yang positif.

Kelebihan Kursus

  • Program diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan diakreditasi oleh MQA.
  • Kurikulum dibentuk oleh panel penggubal yang terdiri daripada pakar dalam bidang Bahasa Inggeris dari universiti tempatan.
  • Kursus/subjek yang ditawarkan mencakupi pelbagai bidang.
  • Bidang Bahasa Inggeris sangat luas dan di guna pakai di peringkat global.
  • Yuran pengajian tidak membebankan dan bantuan kewangan ada di sediakan bagi mereka yang layak.
  • Nilai-nilai Islam diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Kaedah pembelajaran tidak membosankan.

Prospek Kerjaya

Graduan kelahiran Diploma In English ini boleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti-universiti tempatan dalam pengajian Bahasa dan Sains Sosial dan Kemanusiaan.

  • Penterjemah
  • Penyunting
  • Penulis buku
  • Pakar motivasi
  • Wartawan
  • Pendidik
  • Setiausaha
  • Pegawai Eksekutif
  • Pengawai Perhubungan Awam

Fakta Mengenai Bidang Bahasa Inggeris

  • Pengunaan Bahasa Inggeris untuk komunikasi sangat luas di peringkat antarabangsa.
  • Penguasaan Bahasa Inggeris amat kritikal dalam semua bidang termasuk bidang perniagaan, IT, sains, pelancongan dan pendidikan.
  • Kemahiran Bahasa Inggeris memudahkan penimbaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu kerana bahan-bahan bacaan secara global masih dalam Bahasa Inggeris.
  • Kefasihan Bahasa Inggeris amat diperlukan dalam aspek kepimpinan di peringkat antarabangsa, negara, negeri dan komuniti setempat.

Syarat Kemasukan

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam 3 mata pelajaran dan lulus mata   pelajaran Bahasa Inggeris ; atau
  2. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM (atau setara); atau
  3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran dan lulus mata   pelajaran Bahasa Inggeris sama ada di peringkat SPM (atau setara) atau STPM;           atau
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang- kurangnya pangkat maqbul dan lulus mata pelajaran bahasa yang berkaitan di   peringkat SPM (atau   setara); atau
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf setara denganya oleh Kerajaan Malaysia

Tags :

Price : 16,140.00 RM

Max Availability : 1000

Difficulty : DIPLOMA

Location : KAMPUS UTAMA

Question

[contact-form-7 404 "Not Found"]