Program Ziarah Dakwah Dan Pemutihan Pendaftaran Saudara Baru

PROGRAM ZIARAH DAKWAH DAN PEMUTIHAN PENDAFTARAN SAUDARA BARU MASYARAKAT ORANG ASLI POS LANAI, LIPIS, PAHANG

Pada 29-31 Januari baru-baru ini, seramai 25 orang pelajar Jabatan Dakwah KUIPSAS bersama-sama 4 orang pensyarah telah menyertai PROGRAM ZIARAH DAKWAH DAN PEMUTIHAN PENDAFTARAN SAUDARA BARU MASYARAKAT ORANG ASLI anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bertempat di Kampung Pantos, Pos Lanai dalam daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Dalam program selama 3 hari 2 malam tersebut, pelajar KUIPSAS telah membantu pihak MUIP dalam mengendalikan pelbagai aktiviti antaranya ziarah dakwah dari rumah ke rumah, kem solat untuk kanak-kanak dan orang dewasa, sukaneka untuk semua penduduk kampung dan tayangan filem (wayang pacak) . Semasa aktiviti ziarah dakwah diadakan, para pensyarah dan pelajar KUIPSAS turut menjalankan aktiviti pengumpulan data melalui sesi temu bual

DatoSri01

dengan penduduk kampung untuk tujuan penyelidikan diketuai oleh Ketua Jabatan Dakwah, Ustaz Ainuddin Kamaruddin. Program ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti seperti pendaftaran pengislaman, pendaftaran kad pengenalan, pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan pergigian percuma. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan. Dalam majlis yang sama, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid telah memimpin bacaan syahadah 20 orang penduduk orang asli yang memeluk Islam.

DatoSri02
Pengislaman
Ziarah 01
Ziarah 04
Kem Solat
Persiapan 01