Naib Canselor Bentang Tujuh Perancangan 2022

18 JANUARI 2022 (KUANTAN) – Prof. Madya Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS membentangkan tujuh Perancangan 2022 yang merangkumi Perkasa Imej, Perkasa Program Pengajian, Perkasa Urus Tadbir, Perkasa Penyelidikan dan Inovasi, Perkasa Kemenjadian Pelajar dan Alumni, Perkasa Kebajikan Anggota Kerja dan Pelajar serta Perkasa Kewangan.
Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan Amanat Naib Canselor sempena Majlis Kesyukuran Anggota Kerja UnIPSAS yang diadakan di Dewan Astana, Hotel Darulmakmur Kuantan.
Program yang diadakan dengan kerjasama Badan Amal dan Kebajikan Kakitangan KUIPSAS (BAKKIP) itu turut menampilkan Ustaz Haslin Bahrim yang menyampaikan Ceramah Motivasi bertajuk “Minda Universiti Islam, Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang”.
Dalam program ini juga, BAKKIP telah menyampaikan sumbangan kepada AKU yang telah terjejas banjir pada baru-baru ini. Seramai 70 orang dilaporkan telah terjejas dan menerima sumbangan daripada Presiden BAKKIP, YH. Dato’ Dr. Hj. Ahmad Munawar bin Abdul Jalil.