MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA KUIPSAS DAN INDUSTRI

21.12.2017 (Khamis) – KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah menyaksikan majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) di antara Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dengan MUIP serta lima agensi.

Agensi berkenaan ialah Pusat Kutipan Zakat Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang, Pertubuhan Peguam Syarie Pahang, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Pahang dan Etiqa Takaful Berhad. MoU ini bertujuan memartabatkan Pendidikan Islam di negeri ini.

 

   


1. MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (MUIP)

KUIPSAS dan MUIP yang menguruskan Tadika Pintar Al-Quran MUIP, bersetuju untuk bekerjasama dalam memberi penempatan kepada pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak untuk menjalani latihan praktikum, bagi tujuan pendidikan dan pembelajaran, mendapatkan cadangan dan pandangan dalam pembangunan struktur program/ silibus bagi program-program yang ditawarkan oleh KUIPSAS; bekerjasama dalam mengadakan persidangan, simposium, seminar, bengkel atau latihan untuk kepentingan masyarakat Islam; dan lain-lain.


2. PUSAT KUTIPAN ZAKAT PAHANG (PKZ)
KUIPSAS dan PKZ, bersetuju untuk bekerjasama dalam memberi penempatan kepada pelajar-pelajar KUIPSAS bagi tujuan pendidikan dan pembelajaran, mendapatkan cadangan dan pandangan dalam pembangunan struktur program/ silibus bagi program-program yang ditawarkan oleh KUIPSAS khususnya bidang Mualamat; bekerjasama dalam mengadakan persidangan, simposium, seminar, bengkel atau latihan; bekerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan zakat yang akan memberi kesedaran dan sumbangan kepada masyarakat Islam dan lain-lain.


3. JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PAHANG (JKSP)

KUIPSAS bekerjasama dengan JKSP untuk mendapatkan input, cadangan dan pandangan bagi program Diploma/Ijazah yang ditawarkan oleh KUIPSAS agar program tersebut memenuhi visi dan misi KUIPSAS, selari dengan hasrat kerajaan dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat Islam sejagat. Selain itu, bekerjasama untuk pertukaran jangka pendek tenaga pengajar dan pensyarah KUIPSAS dan kakitangan JKSP untuk tugas pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa. Ini juga akan membina dan meningkatkan kualiti pensyarah/staf KUIPSAS dan kakitangan JKSP melalui Research dan Development (R&D) untuk pembangunan masyarakat Islam terhadap kefahaman syariah. JKSP juga bersetuju untuk bekerjasama dalam menempatkan mahasiswa dan pelajar melalui latihan sangkut
(attachment) / amali syariah / latihan industri untuk tujuan pendidikan dan pembelajaran dan bekerjasama untuk mengadakan persidangan, seminar, wacana ilmu atau bengkel dalam penyebaran ilmu syariah untuk kepentingan masyarakat Islam.


4. PERTUBUHAN PEGUAM SYARIE NEGERI PAHANG (PPSNP)

KUIPSAS dan PPSNP, bersetuju untuk bekerjasama dalam memberi penempatan kepada pelajar-pelajar KUIPSAS bagi tujuan pendidikan dan pembelajaran, mendapatkan cadangan dan pandangan dalam pembangunan struktur program/ silibus bagi program-program yang ditawarkan oleh KUIPSAS khususnya bidang Syariah ; bekerjasama dalam mengadakan persidangan, simposium, seminar, bengkel atau latihan; bekerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan syariah yang akan memberi kesedaran dan sumbangan kepada masyarakat Islam dan lain-lain.


5. DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA NEGERI PAHANG (DPMM)

KUIPSAS bekerjasama dengan DPMM dalam mendapatkan input daripada industri berkaitan dengan penggubalan dan pembangunan silibus bagi program perniagaan yang ditawarkan di KUIPSAS; bekerjasama mengadakan persidangan, workshop, seminar dan juga dalam bidang penyelidikan serta juga dalam bidang penyelidikan dan penerbitan.


6. ETIQA TAKAFUL BHD

KUIPSAS dan ETIQA, bersetuju untuk bekerjasama dalam memberi penempatan kepada pelajar-pelajar KUIPSAS untuk latihan industri atau praktikal, mendapatkan cadangan dan pandangan dalam pembangunan struktur program/ silibus bagi program-program yang ditawarkan oleh KUIPSAS khususnya bidang Mualamat; bekerjasama dalam mengadakan persidangan, simposium, seminar, bengkel atau latihan; bekerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan takaful yang akan memberi kesedaran dan sumbangan kepada masyarakat Islam.