Mantan Rektor KUIPSAS Terima Anugerah Maulidur Rasul

9 November 2019 (KUANTAN) – Mantan Rektor KUIPSAS, YH. Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin menerima Anugerah Pendidikan Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota di sini hari ini. Anugerah tersebut disampaikan kepada beliau sebagai penghargaan kepada usaha dan jasa bakti yang telah beliau curahkan semasa memimpin KUIPSAS selama 6 tahun sebelum menamatkan perkhidmatan baru-baru ini.

Anugerah telah disampaikan oleh YAM Tengku Panglima Raja Mejar Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Sebagai penerima anugerah, YH. Dato’ Haji Yahya menerima wang tunai berjumlah RM5,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan. Pencapaian bermakna ini turut diraikan oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin yang turut hadir ke majlis sambutan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada YH. Dato’ Haji Yahya Zainal Abidin.

Sumber gambar : Kerajaan Negeri Pahang Rektor Kuipsas