LATIHAN INDUSTRI

Pengenalan

Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Objektif

  • Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar;
  • Mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga pengetahuan yang terbaru di pasaran;
  • Mendedahkan pelajar keada amalan spesifik dalam bidang pengkhususan masing-masing;
  • Mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran (terutamanya kemahiran insaniah) dan pengalaman pelajar dengan organisasi;
  • Melahirkan graduan yang berkompeten;
  • Mempertingkatkan peluang pekerjaan; dan
  • Merapatkan jaringan antara pihak KUIPSAS dengan industri.

Objektif Khusus

  • Memahami tanggungjawab alam pekerjaan yang sebenar;
  • Mendapat pengalaman praktikal yang sesuai dengan bidang pengkhususan masing-masing;
  • Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar;
  • Menghayati nilai etika profesional;
  • Mengasah kemahiran insaniah yang sesuai dengan persekitaran pekerjaan;
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
  • Menilai kebolehan bekerja, pengetahuan dan keyakinan diri pelajar;
  • Mempertingkatkan kebolehpasaran pelajar supaya lebih berdaya saing;
  • Menyemai, memupuk dan seterusnya membangun ciri-ciri keusahawanan melalui pendedahan kepada realiti dan peluang kerjaya; dan
  • Mendapat kenalan profesional dan jalinan dengan industri.

Hasil Pembelajaran

  • Selepas tamat tempoh prolatihan industri, pelajar dapat:
    • Mengaplikasikan teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari di tempat kerja di bawah penyeliaan;
    • Mempertingkatkan kompetensi, daya saing dan sikap berdikari dalam bidang pengkhususan masing-masing;
    • Melahirkan idea dan pandangan yang positf terhadap amalan pengurusan yang efektif dan relevan di organisasi;
    • Menghubungkaitkan pengalaman di tempat kerja dengan ilmu yang dipelajari di KIPSAS;
    • Menambahbaik kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan; serta
    • Menimba pengalaman dan pengetahuan yang boleh dimanfaatkan untuk memilih pekerjaan yang sesuai selepas tamat pengajian kelak.