KUIPSAS Mula Hasilkan Face Shield

30 Mac 2020 (KUANTAN) – Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIPSAS hari ini memulakan kerja-kerja awal bagi menyediakan ‘𝘍𝘢𝘤𝘦 𝘚𝘩𝘪𝘦𝘭𝘥’ untuk digunakan oleh petugas-petugas barisan hadapan ‘𝘧𝘳𝘰𝘯𝘵𝘭𝘪𝘯𝘦𝘳𝘴’ bagi memerangi penularan wabak Covid-19 khususnya di negeri Pahang.

Gerak kerja ini dimulakan selepas KUIPSAS dilibatkan dalam penugasan di bawah penyelarasan yang dibuat bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang. ‘𝘍𝘢𝘤𝘦 𝘚𝘩𝘪𝘦𝘭𝘥’ yang telah siap kemudiannya nanti akan diserahkan kepada Pejabat SUK Pahang sebelum diagih-agihkan kepada petugas-petugas kesihatan barisan hadapan ‘𝘧𝘳𝘰𝘯𝘵𝘭𝘪𝘯𝘦𝘳𝘴’.

Gerak kerja yang lebih menyeluruh bagi mencapai bilangan sasaran harian yang ditetapkan akan dilakukan selepas ini dengan memanfaatkan tenaga-tenaga sukarelawan dalam kalangan pelajar-pelajar KUIPSAS yang tinggal di asrama dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa kini.