IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN (N/344/6/0532)(MQA/PA10084)(04/26)

15-06-2019

4 TAHUN

per person /
RM

38,000.00 *

IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

Teacher

Ybrs. Dr. Rosli Bin Omar

Category

FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PENGAJIAN PENGURUSAN

Course Attendees

Still no participant

Course Reviews

Still no reviews

Pengenalan Kursus

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian ditawarkan sejajar dengan perkembangan semasa yang memerlukan lebih ramai akauntan bumiputera bertauliah terlibat secara langsung dalam sektor ekonomi negara. Ini dapat dilihat melalui peruntukan sebanyak RM17.5 juta dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada November 2018 bagi tujuan penghasilan akauntan Bumiputera yang profesional.

 

KUIPSAS telah mengorak langkah menyahut cabaran ini dengan menawarkan program yang telah digubal secara triple helix, melibatkan KUIPSAS, agensi akauntan profesional dan majikan. Hasilnya, program Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian KUIPSAS memberi penekanan bukan sahaja kepada pengalaman latihan industri malah penyediaan graduan perakaunan ke arah menjadi ahli badan perakaunan professional seperti MICPA, ACCA, CIMA serta menjadi ahli penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA).

 

Program pengajian ini juga menyediakan graduan dengan latar belakang ilmu kewangan Islam. Ini amat diperlukan demi memastikan kemampuan mereka berkhidmat pada tahap kompeten terutama untuk menjalankan fungsi audit dan penyediaan laporan kewangan dalam sektor kewangan dan perbankan Islam.

Kelebihan Program

Kelebihan Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian KUIPSAS

  1. Diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan diakreditasi oleh MQA.
  2. Penglibatan badan profesional yang dilamtik seperti Malaysian Institute of Accountants (MIA), The Malaysian Institute of Chartered Public Accountants (MICPA), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) serta wakil dari pihak industri.
  3. Perintis dalam menggabungkan kursus profesional Kewangan Islam dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian KUIPSAS juga diserap dengan kursus Wajib Kolej Universiti yang bertujuan menghasilkan graduan yang memiliki tahap intelektual yang tinggi berlandaskan Quran dan Sunnah.

Prospek Kerjaya

Empat pengkhususan utama bidang perakaunan serta skop pekerjaan berkaitan:

  1. Kewangan: Akauntan kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam keputusan penting yang melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan, juga melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, manfaat perkerja, perancangan dan unjuran kewangan jangka panjang.
  2. Pengauditan: Audit merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya pengauditan melibatkan tugas memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya.
  3. Perakaunan Pengurusan: Menyumbang kepada keputusan mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama termasuk analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Juga sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.
  4. Percukaian: Akauntan Cukai menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi. Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Memerlukan pemahaman yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.

 

Antara skop pekerjaan mengikut pengkhususan bidang perakaunan di atas adalah seperti berikut:

 

  1. Kewangan dan pengauditan
  • Penyediaan Laporan Kewangan
  • Analisis Data Kewangan
  • Pengauditan
  • Pembuat dasar
  • Perunding
  • Perancang
  • Pegawai Siasatan

 

  1. Perakaunan Pengurusan
  • Perakaunan kos
  • Perakaunan Umum
  • Bajet
  • Audit dalaman
  • Perunding
  • Pengurus kawalan kewangan
  • Bendahari

 

  1. Percukaian
  • Penyediaan perancangan percukaian
  • Pembuat dasar
  • Pegawai Siasatan
  • Perunding
  • Penguatkuasaan
  • Khidmat Perundangan
  • Perancangan hartanah

 

  1. Lain-lain (bidang-bidang berkaitan perakaunan)
  • Perakaunan Forensic
  • Perakauan Kewangan Islam
  • Penganalisa Transaksi Dagangan
  • Pengarah
  • Underwritter
  • Perancang kewangan
  • Pereka sistem kewangan/perakaunan
  • Khidmat penggabungan syarikat
  • Penilaian Perniagaan
  • Khidmat sokongan perundangan
  • Keusahawanan

Setiausaha syarikat

Syarat Kemasukan

Our Main Teachers

Ybrs. Dr. Rosli Bin Omar

DEKAN FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI
VIEW PROFILE

Price : 38,000.00 * RM

Max Availability : 1000

Difficulty : IJAZAH

Typology : Premium

Question

    [recaptcha]