DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM PENGKHUSUSAN BAHASA ARAB DAN TAMADUN ISLAM (R/221/4/0135)(MQA/A4741)(02/25)

06-06-2017

3 TAHUN

per person /
RM

17,080.00

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM PENGKHUSUSAN BAHASA ARAB DAN TAMADUN ISLAM

Teacher

YBrs. Dr. Norahida binti Mohamed

Category

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Course Attendees

Still no participant

Course Reviews

Still no reviews

Pengenalan Kursus

Penawaran program Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Bahasa Arab dan Tamadun Islam dilihat bukan sahaja mampu menarik minat para pelajar lepasan sekolah aliran agama, malahan turut memberi ruang kepada pelajar sekolah aliran bukan agama. Program ini pastinya akan memberi ruang kepada mereka untuk menerokai bidang baru di samping mampu mengikuti pengajian-pengajian alternatif lain yang ditawarkan oleh KUIPSAS. Ia juga mencerminkan usaha berterusan KIPSAS untuk merealisasikan objektif penubuhan Kolej ke arah memenuhi tuntutan pendidikan berteraskan pengajian Islam dan bahasa Arab. Melalui program ini, ia mampu melahirkan graduan yang mempunyai kebolehan yang pelbagai khususnya tahap keterampilan berbahasa yang tinggi di samping mempunyai penghayatan nilai-nilai integriti Islam. Pengetahuan berhubung dengan bahasa Arab dan tamadun Islam sangat dirasai keperluannya terutamanya dalam bidang pendidikan di samping bidang-bidang lain seperti pelancongan, terjemahan, penyiaran dan lain-lain. Ini dapat dilihat daripada usaha kerajaan sendiri yang telah menawarkan pembelajaran bahasa Arab bermula dari peringkat rendah lagi hingga ke peringkat pengajian tinggi. Oleh yang demikian, penawaran program Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Bahasa Arab dan Tamadun Islam dilihat mampu menyediakan graduan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang.

Kelebihan Kursus

  • Diluluskan oleh KPM dan telah diakreditasi oleh MQA
  • Kurikulum dibentuk oleh panel penggubal yang terdiri daripada pakar akademik IPTA
  • Biasiswa Yayasan Sabah untuk anak-anak Sabah
  • Pensyarah Arab dari Universiti al-Azhar
  • Memberi penekanan terhadap penguasaan kitab-kitab turath bahasa Arab dan tamadun Islam.

Prospek Kerjaya

  • Pendidikan
  • Penterjemahan
  • Pegawai Agama
  • Diplomatik
  • Komersil
  • Pelancongan
  • Kewartawanan
  • Penyiaran

Fakta Mengenai Bidang Diploma

  • Bahasa Arab adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan Nabi Muhammad SAW. Pengetahuan Bahasa Arab adalah sangat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari, bahkan ia merupakan fardhu kifayah ke atas semua umat Islam.
  • Bahasa Arab merupakan sumber ilmu pengetahuan Islam dan perkembangan tamadun.
  • Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab. Justeru, graduan yang mahir dalam Bahasa Arab amat diperlukan bagi memenuhi kerjaya dalam pelbagai bidang.
  • Bahasa kedua terbesar penggunaannya ialah Bahasa Arab. Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting kerana penggunaannya yang bersifat global.
  • “Belajarlah bahasa Arab, sesungguhnya ia dapat menguatkan minda dan meningkatkan martabat seseorang’. (Khalifah Umar bin al-Khattab)

Syarat Kemasukan

  1. Lulus SPM dengan 3 kredit atau sijil setara, dan
  2. lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau Pengajian Islam atau;
  3. Sijil yang diiktiraf dalam bidang Pengajian Islam atau setara.

Our Main Teachers

YBrs. Dr. Norahida binti Mohamed

Dekan Fakulti Pengajian Islam
VIEW PROFILE

Price : 17,080.00 RM

Max Availability : 1000

Difficulty : DIPLOMA

Location : KAMPUS UTAMA

Question

    [recaptcha]