DIPLOMA BAHASA ARAB KOMUNIKASI (R/224/4/0049)(MQA/A9216)(12/24)

06-06-2017

3 TAHUN

per person /
RM

16,840

DIPLOMA BAHASA ARAB KOMUNIKASI

Teacher

YBrs. Dr. Norahida binti Mohamed

Category

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Course Attendees

Still no participant

Course Reviews

Still no reviews

Pengenalan Kursus

Diploma Bahasa Arab Komunikasi merupakan pengajian bahasa Arab kontemporari yang merupakan satu pakej yang mampu menarik perhatian pelajar untuk menjadikannya pilihan utama bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi disamping permintaan yang tinggi di dalam pasaran kerja semasa. Penawaran Diploma Bahasa Arab Komunikasi di KUIPSAS dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk pasaran guna tenaga separa profesional dalam bidang bahasa Arab dan komunikasi serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Kelebihan Kursus

  • Diluluskan oleh KPM dan telah diakreditasi oleh MQA
  • Kurikulum dibentuk oleh panel penggubal yang terdiri daripada pakar akademik IPTA
  • Biasiswa Yayasan Sabah untuk anak-anak Sabah
  • Pensyarah Arab daripada Universiti al-Azhar
  • Silibus program digubal untuk memenuhi keperluan semasa bahasa Arab dalam pelbagai bidang.

Prospek Kerjaya

  • Bidang Pendidikan
  • Penterjemahan
  • Pegawai Agama
  • Diplomatik
  • Komersil
  • Pelancongan
  • Kewartawanan
  • Penyiaran

Fakta Mengenai Bidang Diploma

  • Bahasa Arab adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan Nabi Muhammad SAW. Pengetahuan Bahasa Arab adalah sangat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari, bahkan ia merupakan fardhu kifayah ke atas semua umat Islam.
  • Bahasa Arab merupakan sumber ilmu pengetahuan Islam dan perkembangan tamadun.
  • Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab. Justeru, graduan yang mahir dalam Bahasa Arab amat diperlukan bagi memenuhi kerjaya dalam pelbagai bidang.
  • Bahasa kedua terbesar penggunaannya ialah Bahasa Arab. Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting kerana penggunaannya yang bersifat global.
  • “Belajarlah bahasa Arab, sesungguhnya ia dapat menguatkan minda dan meningkatkan martabat seseorang’. (Khalifah Umar bin al-Khattab)

Syarat Kemasukan

  1. Lulus SPM dengan 3 kredit atau sijil setara, dan
  2. lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau subjek berkaitan Pengajian Islam atau;
  3. Sijil yang diiktiraf dalam bidang Pengajian Islam atau setara.

Our Main Teachers

YBrs. Dr. Norahida binti Mohamed

Dekan Fakulti Pengajian Islam
VIEW PROFILE

Price : 16,840 RM

Max Availability : 1000

Difficulty : DIPLOMA

Location : KAMPUS UTAMA

Question

    [recaptcha]