PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

PERKHIDMATAN PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN

  • Hanya ahli berdaftar sahaja diberikan kemudahan pinjaman. Pelanggan hendaklah menunjukkan kad matrik/kad kakitangan/kad ahli ketika membuat pinjaman bahan perpustakaan.
  • Pinjaman bahan monograf dari koleksi terbuka (umum) boleh dibuat di kaunter utama. Bagi bahan koleksi khas pinjaman keluar dari perpustakaan tidak dibenarkan kecuali bahan dari Koleksi Bintik Merah.
    • Pelanggan mestilah berdaftar sebagai ahli perpustakaan.
    • Pelanggan hendaklah menunjukkan kad matrik/kad kakitangan/kad ahli ketika membuat pinjaman.
    • Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang dipinjam. Membuat pinjaman menggunakan kad matrik/kad kakitangan/kad ahli pelanggan lain adalah satu kesalahan.
    • Bahan yang dipinjam oleh pelanggan mesti dikembalikan mengikut tarikh pemulangan yang telah ditetapkan
    • Jika lewat denda sebanyak RM0.30 per hari akan dikenakan bagi bahan Koleksi Terbuka, dan RM0.50 per jam bagi bahan Koleksi Bintik Merah (Red Spot).
    • Pelanggan perlu membuat laporan segera jika buku hilang atau rosak. Kecuaian berbuat demikian boleh menyebabkan denda lewat pulang bahan atau bayaran ke atas bahan rosak dikenakan. (rujuk Denda/bayaran bagi kehilangan atau kerosakan bahan)
    • Bahan perpustakaan yang dibawa keluar mestilah melalui pinjaman secara sah. Membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan besar dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak Perpustakaan KUIPSAS.
    • Pinjaman atau permintaan bahan dari perpustakaan atau institusi lain hendaklah melalui Pinjaman Antara Perpustakaan.