Amanat Sulung Rektor Kepada Warga KUIPSAS

1 Julai 2019 (KUANTAN) – Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, hari ini menyampaikan Amanat sulungnya kepada semua warga KUIPSAS. Amanat disampaikan sempena program Perhimpunan Ke Arah Perkhidmatan Cemerlang dan Cintai Negara Kita bagi bulan Julai 2019.

Dalam program yang diadakan di Auditorium KUIPSAS pada jam 2.30 petang itu, Rektor memulakan dengan huraian Surah Al-Haj ayat ke 41 diikuti dengan penegasan prinsipnya sebagai seorang ketua yang akan memberikan perhatian kepada Keadilan, Amanah, Mengutamakan Kemaslahatan, Tabayun dan Menghasilkan Kerja Berkualiti.

Beliau seterusnya menjelaskan Hala Tuju KUIPSAS dalam jangka masa pendek di bawah kepimpinannya untuk menjadi Pusat Pengajian kepada semua peringkat, menjadi Pusat Rujukan kepada masyarakat, menjadi pilihan utama kepada pelajar-pelajar SMAN dan SMK dalam negeri Pahang serta menjadi Universiti Penuh.

Sebelum itu, warga KUIPSAS turut menerima pengisian dalam Slot Bedah Buku yang disampaikan oleh Pendaftar KUIPSAS, En. Mohd Zamri bin Wahab yang mengupas buku bertajuk “Zero Hutang”. Program diakhiri dengan Majlis Penghargaan kepada Puan Norlizai binti Ramli yang telah bersara daripada perkhidmatannya di KUIPSAS.