Category Berita
19 Dis

Pensyarah Bahasa Arab Menang Anugerah Inovasi UKM

18 Disember 2018 (BANGI) – Pensyarah Jabatan Bahasa Arab KUIPSAS berjaya menarik perhatian dengan memenangi anugerah dalam Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab bersempena dengan program World Arabic Language Day (Hari Bahasa Arab Sedunia – WALD 2018) yang diadakan pada hari ini. Pertandingan Inovasi yang dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia […]

READ MORE
16 Dis

Bengkel Zakat Tingkatkan Kesedaran MAHASISWA KUIPSAS

15 Disember 2018 (KUANTAN) – Mahasiswa KUIPSAS menyedari bahawa tuntutan menunaikan zakat harta merupakan amalan wajib ke atas umat Islam. Kesedaran ini menjadi lebih kukuh selepas mereka menghadiri program Bengkel Pengiraan Zakat Harta 2018. Bengkel anjuran Jabatan Syariah KUIPSAS ini dihadiri seramai 400 orang mahasiswa/wi daripada semua program pengajian Diploma. Bengkel yang dikendalikan sepenuhnya oleh […]

READ MORE
11 Dis

Kunjungan Ke Kolej Kominiti Paya Besar

10 Disember 2018 (KUIPSAS) – KUIPSAS mengadakan kunjungan ke Kolej Komuniti Paya Besar pada hari ini bermula jam 10.30 pagi dan disertai oleh Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Rosli bin Omar, Pegawai Psikologi, Dr. Sharafudin Aisa bin Osman dan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar.   Kunjungan dilakukan bertujuan untuk membincangkan […]

READ MORE
25 Nov

Bengkel & Amali Hospital Mesra Ibadah

24 November 2018 (KUANTAN) – KUIPSAS telah mengadakan Kursus Hospital Mesra Ibadah (HMI) bertempat di Dewan Barakah KUIPSAS dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Kursus ini diadakan dengan kerjasama Badan Nadwah Islamiyah (NADWAH) dan telah dirasmikan oleh Encik Khairul Anuar, Timbalan Pengerusi NADWAH. Seramai 23 orang pelajar Diploma Dakwah dan Pengurusan dan Diploma Syariah Dan […]

READ MORE
23 Nov

Pelajar KUIPSAS Curi Perhatian Di Pertandingan Dakwah pentas DAI’E

22 November 2018 (PUTRAJAYA) – Pelajar KUIPSAS telah menyertai program Karnival Dakwah Masjid (Pentas Dai’e Diskusi Mahasiswa) yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada hari ini. Program yang bermula pada jam 9 pagi itu dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dua orang pelajar KUIPSAS […]

READ MORE
21 Nov

KUIPSAS Menyertai Perarakan MAULIDUR RASUL 1440H

20 Nov 2018 (KUANTAN) – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Tahun 1440H/2018 anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) telah diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan pada hari ini yang bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”. Program ini diadakan bagi memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah SAW dan menghayati perjuangan Baginda dalam […]

READ MORE
16 Nov

Bakat KUIPSAS Terselah Dalam Amal Islami IPTIM 2018

15 November 2018 (JOHOR BAHRU) – KUIPSAS tidak pulang dengan tangan kosong dalam Karnival Amal Islami Institusi Pengajian Islam Malaysia (IPTIM) 2018 Peringkat ASEAN yang berakhir hari ini. Karnival Amal Islami IPTIM 2018 Peringkat ASEAN yang diadakan di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Johor Bahru berlangsung selama 4 hari dan disertai oleh 11 IPT Islam. […]

READ MORE
5 Nov

KUIPSAS Gondol Ibu Segala Pingat, Muncul Naib Juara MASISWA 2018

4 November 2018 (KOTA BHARU) – KUIPSAS tampil cemerlang dalam Kejohanan Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) Zon Timur 2018 apabila muncul Naib Juara Keseluruhan. KUIPSAS menampilkan 45 orang atlit serta 10 orang pegawai telah menyertai 5 acara sukan iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton, Ping Pong dan Catur. MASISWA 2018 Zon Timur diadakan di Kolej […]

READ MORE
26 Okt

Kunjungan Hormat Ke Mesir

25 Oktober 2018 (KAHERAH MESIR) – Kunjungan Hormat KUIPSAS yang diketuai oleh YH. Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin, Rektor KUIPSAS ke negara Mesir baru-baru ini telah berjaya mencapai objektifnya. Beberapa urusan kerja yang dirancang telah berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Bermula dengan penghantaran 15 orang pelajar KUIPSAS yang diterima menyambung pengajian peringkat Ijazah […]

READ MORE
9 Okt

Perbincangan Kolaborasi Bersama Maahad Tahfiz Negeri Pahang

8 Oktober 2018 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini menerima kunjungan daripada Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP). Delegasi MTNP diketuai oleh YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifli bin Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif dan disertai 5 orang anggota yang lain. Kunjungan diadakan bertujuan untuk membincangkan sebarang bentuk kerjasama dan kolaborasi secara ‘Smart Partnership’ khususnya dalam bidang […]

READ MORE