TNC Bersiaran Di Radio Pahang FM

13 DISEMBER 2021 (KUANTAN) – Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UnIPSAS, YBrs. Dr. Muhammad Fadlly bin Ismail bersiaran secara langsung di Radio Pahang FM dalam Slot Bicara Khas UnIPSAS.
Dalam siaran selama 30 minit itu, Dr. Fadlly berkongsi maklumat terkini mengenai UnIPSAS selepas dinobatkan sebagai universiti penuh dari sudut Teras Pendidikan, Bidang Tujahan dan Hala Tuju.
Beliau turut memaklumkan mengenai penganjuran Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor dan Istiadat Konvokesyen ke-19 serta hebahan mengenai pengambilan pelajar baru UnIPSAS bagi Sesi Kemasukan Dis 2021/ Jan 2022.