Operasi Mencuci Rumah Anggota Kerja UnIPSAS

21 Disember 2021 Selasa OPERASI MENCUCI RUMAH ANGGOTA KERJA UnIPSAS (BAHAGIAN 1)
Selepas selesai membersihkan Dewan Barakah, Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) yang tidak terjejas bergerak ke rumah-rumah AKU yang terjejas bagi membantu kerja-kerja pembersihan.
Tumpuan lokasi ialah di Kediaman Rasmi Naib Canselor, Taman Guru, Taman Seri Inderapura, Taman Rasau Perdana dan Taman Seri Damai Perdana.
Operasi bantuan untuk membersihkan rumah-rumah AKU akan diteruskan pada keesokan hari.
Semoga urusan kami semua dimudahkan oleh Allah SWT.
UnIPSAS Pasti Bangkit!