Ustaz Somad Jelaskan Rahmat Islam Kepada Sekalian Makhluk

8 Februari 2020 (KUANTAN) – Pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Dr. Hj. Abdul Somad telah memilih Masjid KUIPSAS sebagai salah satu lokasi dalam Siri Jelajah Dakwah beliau di Malaysia. Dalam program ini, beliau menyampaikan Kuliah Dhuha dan Soal Jawab Agama yang bermula pada jam 9.00 pagi. Kuliah Dhuha ini dihadiri kira-kira 2,000 orang dari jauh dan dekat.

Kuliah Dhuha yang disampaikan bertajuk ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’ menyentuh pelbagai pengisian mengenai rahmat Islam kepada semua makhluk di alam semesta ini. Menurut beliau, rahmat Islam bukan setakat dinikmati oleh manusia bahkan semua haiwan sehingga sekecil-kecil semut dan serangga turut merasai rahmat Islam.

Selepas selesai menyampaikan kuliah dalam tempoh sejam, Ustaz Somad meneruskan pengisian dengan sesi Soal Jawab Agama. Lebih 20 soalan dikemukakan dan dijawab dengan tuntas oleh beliau merangkumi persoalan isu semasa berkaitan agama dan umat Islam.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Islam Masjid KUIPSAS ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pahang. Bagi memeriahkan program, turut diadakan Gerai Jualan dan Program Derma Darah yang dilaksanakan oleh Hospital Pekan.

Kuliah Dhuha dan Soal Jawab Agama ini boleh diikuti di : KUIPSASOfficial.

86183362_2830635457019951_8820286396892708864_o
84524134_2830627453687418_7398145493085192192_o
84072854_2830625130354317_5187162329866829824_o