Ucaptama Dan Taklimat Di Kulliah Pekan

31 Januari 2020 (PEKAN) – KUIPSAS hari ini mengunjungi Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan sempena Program Ucaptama dan Taklimat Pendidikan kepada semua warga Kulliah. Program yang diadakan secara kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar ini dihadiri oleh semua pelajar seramai 500 orang.

Program dimulakan dengan Slot Ucaptama oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin. Beliau yang juga merupakan bekas pelajar Kulliah menekankan kepentingan ilmu pendidikan dalam kehidupan manusia terutamanya ilmu agama. Beliau juga menasihati pelajar-pelajar Kulliah supaya sentiasa menghormati para guru yang telah mendidik dan memberikan ilmu pengetahuan.

Program diteruskan dengan tiga sidang selari iaitu Diskusi Rektor Bersama Warga Pendidik Kulliah, Taklimat dan Hala Tuju Pendidikan kepada Pelajar STAM 2020 serta Slot Motivasi Kepentingan Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Program ini berjaya mencapai objektifnya untuk mengeratkan lagi hubungan baik di antara KUIPSAS dengan Kulliah serta mengumpulkan pandangan dan cadangan yang membina demi kebaikan bersama kedua-dua pihak. Program yang berakhir pada jam 12.30 tengahari ini turut dihadiri oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Mahtar bin Ahmad Wahid, Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

83559527_2813233508760146_8461419377978245120_n
83147081_2813199765430187_7417486057236594688_o
83799021_2813233165426847_2190220634179502080_n
83077047_2813234392093391_1335300247085121536_n