Tahsin Al-Quran Bersanad Di Rompin

24 Januari 2020 (ROMPIN) – KUIPSAS menganjurkan Program Tahsin Al-Quran Bersanad pada hari ini bertempat di Masjid Tengku Abdullah, Bandar Rompin. Program dipimpin oleh YBrs. Dr. Mohamed Ibrahim El-Sherbiny Ahmad Saqr, pensyarah Jabatan Dakwah, Fakulti Pengajian Islam (FPI) KUIPSAS. Program dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Rompin dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin.

Program dihadiri seramai 20 orang peserta dan mereka berpeluang untuk memperbaiki bacaan Al-Quran terutamanya Surah Al-Fatihah dan surah-surah lazim pilihan. Di akhir program, peserta telah menerima sijil sanad daripada YBrs. Dr. Mohamed Ibrahim.