Tahniah Graduan Ijazah Quran Sunnah KUIPSAS-USIM

26 November 2019 (NILAI) – Seramai 20 orang mahasiswa Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah Secara Kerjasama KUIPSAS-USIM menerima ijazah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen ke-17 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan pada hari ini di Kampus USIM Nilai. Mereka yang merupakan kumpulan ke-3 program ini menerima ijazah masing-masing selepas melengkapkan pengajian di KUIPSAS yang menawarkan program ini dengan kerjasama USIM.

Didoakan semua graduan akan terus maju jaya dalam apa jua yang diceburi selepas ini. Semoga segala ilmu yang diperolehi akan dapat dimanfaatkan kepada ummat dan agama Islam.