Sumbangan Parlimen Pekan

23 April 2020 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini menerima sumbangan daripada Parlimen Pekan berupa barang-barang keperluan harian. Barangan sumbangan ini akan disalurkan kepada pelajar-pelajar KUIPSAS yang tinggal di rumah-rumah sewa di sekitar Kuantan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Sumbangan disampaikan oleh En. Yusof Bin Mohamed dan diterima oleh YBrs. Dr. Asmadi Abdul Rahman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIPSAS.