Siswa KUIPSAS Didedahkan Aplikasi Sistem Muamalat

3 Februari 2020 (KUANTAN) – Mahasiswa Jabatan Syariah dan Jabatan Kewangan KUIPSAS hari ini menerima pendedahan mengenai Aplikasi Sistem Muamalat Islam yang dipraktikkan dalam Sektor Perbankan Islam dan Pengurusan Kewangan Islam di negara kita pada hari ini. Program yang diadakan di Dewan Kuliah 6 ini disertai seramai 80 orang mahasiswa daripada program Diploma Pengurusan Muamalat, Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Syariah dan Undang-Undang, Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Pentadbiran Kehakiman, Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian dengan kerjasama UniSHAMS dan Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam.

Ceramah telah disampaikan oleh En. Anuar Ellias, Senior Manager Strategic Relation, Shariah Business Consultancy dan Tn. Hj. Mohd Rosdi bin Ab Rahim, Pengurus Bank Islam Cawangan Kuantan. Program turut dihadiri oleh En. Saifuddin bin Abdul Karim, Ketua Jabatan Syariah KUIPSAS dan pensyarah-pensyarah Jabatan Syariah dan Jabatan Kewangan KUIPSAS.