Roadshow Rektor Di Rompin Berjaya

24 Januari 2020 (ROMPIN) – Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin memulakan program roadshow beliau menjelajah daerah-daerah di negeri Pahang di Rompin sebagai daerah yang pertama. Program roadshow ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara KUIPSAS dengan pihak yang dilawati.

Roadshow di daerah Rompin bermula dengan program Ceramah Agama di Masjid Sultan Ahmad Shah, Tanjung Gemok diikuti dengan Majlis Ilmu di Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin. Pengisian ilmu yang disampaikan oleh Rektor telah dapat memberikan manafaat kepada mereka yang hadir.

Program seterusnya ialah Kunjungan Hormat di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin dan Sek. Men. Agama Rompin. Dalam kunjungan ini, Rektor telah membincangkan pelbagai bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan pada tahun 2020 ini.

Program roadshow ini diakhiri dengan program Khutbah Jumaat. Rektor telah menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Al-Hikmah, Bandar Lama Rompin sebelum beramah mesra dengan AJK Masjid dan ahli jemaah yang hadir menunaikan Solat Jumaat di masjid tersebut.

 

Â