Rektor Sampaikan Khutbah Jumaat Khas

27 OGOS 2021 (KUANTAN) – Sempena Sambutan Jubli Perak KUIPSAS, Masjid KUIPSAS telah diberikan kebenaran daripada Jabatan Mufti Pahang untuk membacakan Khutbah Jumaat Khas. Khutbah Jumaat Khas ini merupakan program kedua yang disusun dalam acara Sambutan Jubli Perak KUIPSAS.
Khutbah yang bertajuk “Kepentingan Menuntut Ilmu” ini dibacakan sendiri oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin di hadapan 400 orang jemaah yang hadir menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid KUIPSAS.
Antara lain, intisari Khutbah Jumaat Khas ini menyentuh mengenai ilmu pengetahuan sama ada duniawi atau ukhrawi, sama ada aqli atau naqli, kedua-duanya amat mustahak dalam kehidupan manusia. Tanpa ilmu kita akan dibelenggu kejahilan.
Ilmu duniawi membantu kita menjalani kehidupan dengan baik. Ilmu ukhrawi memandu kita mempersiapkan diri dengan bekalan menuju akhirat.
Apapun jua jenis ilmu yang kita miliki dan pelajari sama ada ilmu keagamaan atau duniawi mestilah diamalkan serta disebarkan untuk manfaat masyarakat, negeri dan tanahair.
LINK VIDEO SECARA LANGSUNG  KHUTBAH KHAS JUBLI PERAK : https://www.facebook.com/KUIPSASofficial/videos/527855714989197