Perbincangan Jabatan Psikologi KUIPSAS Bersama ILIM

6 Februari 2020 (BANGI) – Jabatan Psikologi dan Kaunseling KUIPSAS mengadakan Mesyuarat Kolaborasi Dan Perbincangan bersama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bertempat di Bangi, Selangor pada hari ini. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan kerjasama di antara kedua-dua pihak bagi menjalankan Kursus Pendek Sijil Tinggi Kaunseling Syarie di KUIPSAS.

Jika kursus pendek ini berjaya dilaksanakan nanti, ianya akan membuka peluang kepada Pegawai Khidmat Nasihat dan Pegawai Psikologi di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat swasta serta Guru-Guru Kaunseling di sekolah-sekolah dan IPT untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kaunseling dan psikologi.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Kanan ILIM, YBrs. Dr.Nordin Bin Ahmad. Turut hadir adalah YBrs. Dr. Md Noor Bin Saper (Timbalan Dekan Fakulti Pembangunan Sosial UPSI) dan Pegawai-Pegawai Kaunseling ILIM. KUIPSAS pula diwakili oleh YBrs. Dr. Sharafuddin Aisa bin Hj. Osman dan En. Mohd Fikri b. Mohd Mokhtar.