PELANCARAN SPK MS ISO 9001:2015 KUIPSAS

IMG_1762E

PELANCARAN SPK MS ISO 9001:2015 KUIPSAS

KUIPSAS telah melancarkan ISO 9001:2015 pada 5 Februari 2018 di Dewan Utama KUIPSAS. Majlis telah dirasmikan pelancarannya oleh YH. Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin, Rektor KUIPSAS dalam Perhimpunan Bulanan KUIPSAS bagi Februari 2018. KUIPSAS telah berjaya memperoleh persijilan MS ISO 9001:2008 sejak 2012 dan kini dalam rangka memperoleh persijilan ISO 9001:2015. Untuk makluman, KUIPSAS telah berjaya memperoleh persijilan MS 1900:2014 pada Oktober 2017 yang lalu.

TAKLIMAT DOKUMENTASI SPK MS 1900:2014 & ISO 9001:2015

Bertempat di Dewan Utama KUIPSAS, satu taklimat berkaitan Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS 1900:2014 & ISO 9001:2015 telah diadakan pada 5–6 Februari 2018. Taklimat ini diberikan kepada semua anggota kerja KUIPSAS (AKK) bagi memberikan penghayatan dan maklumat terkini berkaitan SPK. Taklimat juga bertujuan memberikan pendedahan berkaitan dokumentasi terkini ISO 9001:2015 kepada semua AKK. Taklimat disampaikan oleh semua Ketua Bahagian dengan jayanya. Semoga pendedahan berkaitan maklumat terkini dalam taklimat yang telah diadakan selama 2 hari ini benar-benar dapat dihayati dan dihadamkan pemahamannya oleh semua AKK seterusnya membantu KUIPSAS merealisasikan hasrat persijilan ISO 9001:2015.