Maklum Balas Positif Dalam Lawatan MQA

6 Ogos 2019 (KUANTAN) – Program pengajian dilaksanakan dengan baik oleh jabatan serta kekuatannya dapat dilihat apabila program ini menjadi pilihan pelajar kerana mengintegrasikan ilmu kaunseling konvensional dengan ilmu Islam. Demikian menurut YBrs. Prof. Madya Dr. Zainah Ahmad Zamani dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertugas selaku Ahli Panel Penilai, Malaysian Qualification Agency (MQA) dalam Mesyuarat Penutup sempena Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh kepada program Diploma Kaunseling Islam.

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bertujuan untuk menyemak pelaksanaan Diploma Kaunseling Islam bagi memberikan Akreditasi Penuh ini diadakan selama 2 hari dan berakhir hari ini. Lawatan turut disertai oleh YBrs. Dr. Melati Sumari dari Universiti Malaya (UM) sebagai APP kedua dan Cik Farah Shazawati Abd. Zaki, Pegawai MQA.

Sepanjang lawatan diadakan, kedua-dua APP telah menjalankan semakan dan penilaian yang terperinci terhadap program ini. Di antaranya ialah temuduga bersama pensyarah, pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar, lawatan ke Perpustakaan, pemantauan pengajaran, semakan dokumen dan fail kursus serta pemeriksaan kemudahan-kemudahan yang disediakan di KUIPSAS khususnya Makmal Kaunseling.

Dalam Mesyuarat Penutup Lawatan Penilaian ini, Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua APP dan Pegawai MQA yang telah melaksanakan tugasan dengan jayanya. KUIPSAS menurut beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk mengambil tindakan ke atas semua laporan yang dibentangkan oleh APP supaya proses mendapatkan Akreditasi Penuh kepada kedua-dua program akan berjalan lancar.

Hubungi Kami whatsapp