Majlis Penyerahan ‘Business Centre’

2 Julai 2019 (KUANTAN) – KUIPSAS hari ini menerima satu lagi kemudahan yang baru siap dibina dan sedia untuk digunakan. Kemudahan berkenaan ialah ‘Business Centre’ yang dibina di perkarangan Masjid KUIPSAS. Majlis Penyerahan ‘Business Centre’ yang telah siap dibina ini diadakan di lokasinya pada jam 3.00 petang.

Penyerahan dilakukan oleh Syarikat Pembinaannya iaitu Base SS Solution (M) Sdn. Bhd. kepada Penolong Jurutera Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). ‘Business Centre’ ini kemudiannya diserahkan oleh MUIP kepada KUIPSAS untuk dimanfaatkan.

Dalam ucapan Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin menyatakan bahawa ‘Business Centre’ ini akan digunakan untuk menjalankan kegiatan perniagaan yang akan memberi manafaat kepada ahli kariah dan orang ramai yang hadir menunaikan ibadah di Masjid KUIPSAS.