Majlis Khatam Al-Quran

28 Mei 2019 (KUANTAN) – Pusat Islam Masjid KUIPSAS hari ini menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi menyemarakkan lagi 10 Akhir Ramadan dengan amalan membaca Al-Quran. Program yang diadakan di Masjid KUIPSAS bermula jam 6.00 petang ini telah disertai oleh pensyarah-pensyarah KUIPSAS serta pelajar-pelajar Kelas Tahsin AL-Quran Masjid KUIPSAS.

Majlis ini diadakan sebagai penutup kepada aktiviti Tadarus Al-Quran yang disertai oleh pensyarah dan kakitangan KUIPSAS pada setiap pagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Majlis Khatam Al-Quran ini telah dipimpin oleh Imam Masjid KUIPSAS iaitu Ustaz Mohd Khairi. Majlis turut dihadiri oleh Rektor, Timbalan-Timbalan Rektor, Pendaftar dan Dekan-Dekan Fakulti.