Lawatan MQA Nilai Akreditasi Penuh

 

1 Julai 2019 (KUANTAN) – Selama 2 hari Panel-Panel Penilai dari Malaysian Qualification Agency (MQA) telah berada di KUIPSAS bagi menjalankan Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh kepada program Diploma Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak. Semakan keseluruhan telah diadakan bermula dengan temubual bersama pensyarah-pensyarah program, temubual bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPPKUIPSAS) dan pelajar-pelajar diploma ini.

Penilaian juga dijalankan di Perpustakaan KUIPSAS, pemantauan pengajaran di dalam bilik kuliah serta meninjau kemudahan dan peralatan yang disediakan dalam Bilik Simulasi Pendidikan Islam Awal Kanak-Kanak.

Panel Penilai MQA terdiri daripada Tn. Haji Zulkiply Yaakob dan Pn. Hashimah Hussein manakala Pegawai MQA yang bertugas ialah Pn. Farah Nazreen Zainal Aziz.

Dalam ucapan aluan semasa Mesyuarat Penutupan Lawatan, Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Panel Penilai yang telah membuat semakan kepada pelaksanaan program ini. Segala maklum balas yang dikemukakan adalah sangat berharga dan tindakan segera akan diambil oleh KUIPSAS untuk penambahbaikan berterusan.