Lawatan Kerja Ke Paid Lipis Dan Bentong

30 April 2019 (LIPIS) – Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara KUIPSAS dengan Pejabat Agama Islam Daerah-Daerah, Fakulti Pengajian Islam (FPI) KUIPSAS mengadakan Lawatan Kerja ke PAID Lipis dan Bentong. Lawatan Kerja yang diketuai oleh Ybhg. Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar, Dekan FPI ini turut disertai oleh Ketua-Ketua Jabatan dan pensyarah-pensyarah FPI KUIPSAS.

Lawatan Kerja memfokuskan perbincangan kepada cadangan kerjasama KUIPSAS dengan PAID Lipis dan PAID Bentong untuk menganjurkan program Tahsinul Quran, Khatib Jumaat, Fiqh Wanita, Bengkel Jawi dan Kaunter Promosi KUIPSAS di dua daerah tersebut.

Delegasi KUIPSAS disambut oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis, Tuan Abu Bakar Ismail dan Al-Fadhil Qadhi Daerah Bentong, Tuan Badaruddin bin Ahmad Bustami. Turut hadir ialah Timbalan Qadhi, Ketua-Ketua Unit dan kakitangan PAID Lipis dan Bentong.