Lagi Kebanggaan KUIPSAS Juarai Tilawah

21 November 2019 (JERANTUT) – Selepas seorang mahasiswa KUIPSAS menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuantan baru-baru ini, kini seorang lagi mahasiswa meraih kejayaan yang sama. Muhammad Izzan bin Idris, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Syariah (KUIPSAS-UNISHAMS) muncul Juara dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Jerantut 1441H/2019M. Majlis diadakan di Dewan Banquet Majlis Daerah Jerantut.

Beliau yang memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-Ahzab ayat 21-29 mengenepikan cabaran daripada 6 orang peserta lain yang turut bertanding dalam kategori Qari. Kategori Qariah pula menyaksikan 4 orang peserta telah bertanding.

Sebagai Juara, Muhammad Izzan membawa pulang hadiah berbentuk piala, wang tunai, sijil penyertaan dan hadiah iringan. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Hj Zakaria bin Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Turut hadir meraikan kejayaan beliau adalah kedua-dua ibu bapanya iaitu En. Idris b. Mohamad dan Pn. Rohana bt. Abd Latip.

Kejuaraan di peringkat daerah ini melayakkan beliau untuk bertanding dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang yang akan diadakan pada Januari 2020. Tahniah diucapkan.