Kursus Imam Dan Bilal Muda KUIPSAS

Pusat Islam KUIPSAS dengan kerjasama unit Hal Ehwal Pelajar KUIPSAS menganjurkan program *Kursus Imam & Bilal Muda KUIPSAS*. Program ini berjalan dalam tiga bahagian untuk setiap siri. Program bertujuan untuk memperkasakan teknik imam dan bilal di samping memperbetulkan bacaan Al-fatihah dan Al-quran mengikut kaedah dan teknik yang tepat. Selain itu, program ini juga bertujuan memastikan para peserta menguasai kaedah solat dengan sempurna. Kesemua slot dan pengisian ini dibimbing oleh pensyarah dan imam KUIPSAS.

 

     

     

     

    Â